Update: Forum ini telah ditutup kerana nama domain maincyber.com telah menjadi satu website pengiklanan. Dalam website pengiklanan tersebut, anda semua dialu-alukan untuk turut serta jika mahu menjual, menyewa mahupun ingin menyampaikan sesuatu. Harap maklum.
Ramai orang bertanya mengenai komputer saban hari. Pelbagai pertanyaan sama ada hardware dan software, games dan cara konfigurasi komputer untuk jadi lebih baik. Begitu juga dengan laptop seperti harga dan spesifikasi yang sesuai kepada pengguna.
Maincyber.com adalah satu forum komputer yang dibangunkan untuk berbincang mengenai komputer. Ia juga untuk perbincangan mengenai Internet. Forum ini masih baru dan memerlukan sumbangan idea-idea bernas daripada anda. Ianya dalam bahasa Melayu dan sasaran utama adalah dalam Malaysia.
Jika ada sebarang pertanyaan, kunjungi MainCyber.Com. Sama-sama kita membantu.
Jemput ramai-ramai memeriahkannya!
Popularity: 22% [?]




huhu…bleh ar join forum pasnie..huhu
boleh, silakan berkongsi ilmu
mudahan ilmunya dlm forum ni beri manfaat utk semua…mari sama2 berkongsi ilmu…
salam….nk ynye ni,napa erk icon kt deskop boleh sampai 2…ajar la org baru pkai komptr ni….hehe
Waalaikumussalam,
Icon di desktop kebiasaannya adalah shotcut ataupun jalan pintas kepada program yang sudah di install. Caranya mudah sahaja. Cuma delete satu dan biarkan satu.
soalan,
1-bagaimana hendak membahagikan partition HDD kepada 4?
2-kalau 40GB bersamaan dengan berapa angka?
3-lepas tu bagaimana pula kalau kita memadam partition.(maksudnya kembalikan kepada yang asal iaitu c dan d sahaja?
4-apa masalah dengan laptop ni,masa saya memburn boleh tetapi,bila buka balik cd tu,tak da pula keluar apa yang di burn?..setakat ni pertanyaan saya,
Jawapan,
1. Boleh gunakan CD windows jika ada ataupun guna Partition Magic untuk bahagikan space
2. 40Gb = 40960Mb
3. Contoh, anda ada c, d, e dan f. Delete partion e dan f kemudian merge dengan c dan d. Ini juga boleh guna Partition Magic
4. Mungkin anda telah format untuk burn. Untuk burn video kena pilih jenis video. Pastika jenis format adalah betul
terima kasih kepada jawapan di atas.
antara antivirus yang ada di pasaran,antivirus manakah yang paling sesuai kalau seseorang itu suka online?…
Bagi saya, lebih kepada Kaspersky sebab ringan dan mudah untuk update jika ada internet. Dari segi keselamatan melayari internet juga bagus.
Sekadar pandangan
terima kasih kepada jawapan saudara m.zaini.
Did shopping on your mother a long, painful process?
Do you find self sweating always special day,
Christmas or your procreator name-day arrives?
small tv with dvd
Why do not let him/her a electronic gadget?
tumpang tnya,
ok contoh: aku buka mozila firefox, i.explorer, opera (browser)
pastu, aku buka youtube or something else lah..
men game kat tenet tu suma .. apasal sound x kuar yer?
klu play mp3 org movie ok plak.. ada sound.
buka tenet,, pasang youtube, farmville ker, game2 intenet xda sound kuar..
boley tolong tak. apa yg perlu dilakukan,,
trima kasi tuan tanah..
agak pelik jgk mende ni..tp bole cube troubleshoot dulu..
1.pastikan volume player dalam mozilla telah dikuatkan,dan pastikan ia bukan dlm keadaan mute..slalunye streaming player mcm youtube dan flash game bole control volume ni..
2.kalo xbunyi gak..cube guna browser yang lain..paling mudah internet explorer..try bukak youtube..
slamat mencuba..
dalam 1 masa kita hnya boleh bukak 1 pelayar internet melainkan kita guna cara menekan ctrl + t.kalau begitu,cuba restart pc and mana tau ada setting lain yang telah di gangu
saya meng-install partition magic untuk membolehkan hard disk di bahagikan dan setelah itu saya meng-uninstallnya setelah membahagikannya..jadi,ada apa2 masalah timbul ke?.
sekiranya harddisk dipartition dengan cara yg betul,tiada sebarang masalah yang akan timbul..aplikasi partition magic boleh diuninstall selepas partition berjaya dibuat..
sekiranya partition dibuat dengan cara yang betul,tiada sebarang masalah yang akan timbul..perisian partition magic boleh di uninstall selepas partition berjaya dibuat..
thanks tiger,
sy nk share doc dgn beberapa pc.
tp sy pelik..kenapa ade certain kom yg leh bukak..ade yg takle..
sdgkan dah allowed utk share. leh tlg tak?
PC yang tak boleh bukak itu kena setting. Mungkin ada setting yang perlu diset semula. Biasanya setting2 advance allow all user. Cuba buat setting macam PC yang boleh buka fail.
hi guys,
saya mengunakan antivirus avast pro..masalahnya,ada satu masa ia telah memerintahkan untuk reboot system untuk scan dalam keadaan boot.kesimpulannya adalah semua perisian yang menggunakan crack yang telah saya isi di pc ini secara automatik terdelete/uninstall…apakah kesalahannya?.
Mungkin Avast suspect crack itu spyware, cookies atau malware. Jadi kalau boleh allow semua fail crack yang diinstall
Salam..
sori lau aku gnggu atau guess yg xd’undang tp bg aku site ni bagus coz dr sini leh kita share information bersama..disamping negara yang makin membangun kita pun turut serta melangkah maju kehadapan. Pape pon good luck bro! seomga ilmu yang kita perolehi kita manfaatkan bersama..
sejahtera,
wahai member2 yang berpengalaman dalam komputer dan hardware.saya punya external HDD ada masalah.iaitu,komputer tidak dapat mengesan external HDD tersebut..maksudnya nama external tersebut tidak terpapar bila kita buka “my computer”…kesimpulannya,saya mahu mencari penyelasiannya.
Salam sejahtera,
Saya pernah jadi. Kemungkinan:
1. USB port tidak rapat dengan PC
2 Ada data sudah corrupt, jadi External H.Disk juga mungkin sudah nak rosak.
External saya akhir sekali berkubur…
alamak,
ya tak ya juga..pagi tadi saya ada pergi kedai komputer dan menanya…ia menyarankan saya menggunakan port usb yang menggunakan power supply.tetapi saya tidak membelinya di sebabkan harga yang tinggi….akhirnya saya guna alternatif lain ia itu beli port usb y biasa2 saja.kesimpulannya setelah memakai usb yang di beli tu sama sahaja.
ada apa2 idea lain yang berguna sebelum saya menghantar external tersebut ke kedai?…
Saya dulu pakai yang dua port USB. Satu untuk USB satu lagi untuk power. Mungkin jenama biasa-biasa sahaja sebab itu mudah rosak. Sempat guna lebih kurang 6 bulan kut.
Ingat lagi masa beli tu, RM190 = 30Gb
saudara,
kalau saya mengunakan USB yang dua port,adakah saya dapat menyelasaikan masalah external HDD saya ni?…maksud saya,perlukah saya membeli port usb yang berharga rm40 tu?…
Mungkin dapat menyelesaikan. Bergantung kepada jenis External HD. Ada sesetengah external HD ada dua kabel macam saya dulu. Tapi rasanya sekarang sudah satu port sahaja USB.
askum
sy ign brtanya tentang pendrive saya…masalah pendrive sy apabila di masukkan usb komputer detect,you must format the disk..saya jd haIran apabila format pastu komputer detect the disk is write protect..adakah pendrive saya rosak?
Waalaikumussalam,
Kemungkinan juga rosak. Cuba guna komputer lain dahulu. Saya sudah tiga pendrive rosak. Pakai buang saja.
external hdd-nya juga ada dua kabel.jenis extrnal hdd adalah wastern digital..apapun tak juga dapat di selesaikan walaupun ada beli baru port usb,buka hdd laptop dan bagi pasang yang extenal hdd…nak hantar kedai pun,rasa macam malas sebab mungkin2 tiada selesai…..apapun terima kasih pada m.zaini sebab bermurah hati berkongsi pengalaman…….(wastern digital 160gb R.I.P)
Sama-sama. Saya berkongsi apa yang saya tahu. Terima kasih juga kepada saudara sebab berkongsi info
ada sesiapa yang pernah menghantar@meng-klaim waranty di sini?.adakah mereka akan memberikan@tukar baru atau cuma memperbaikinya?.
Saya pernah tukar laptop model Toshiba rakan saya. Masa mula-mula beli tidak boleh format sebab boot screen jadi hang. Saya ke digital Mall dan dapat tukar laptop baru.
syukur dapat baru lagi.
pc saya mengikut spec ialah:
INTEL CORE 2 DUO 2.53GHZ
3GB DDR2 RAM
ATI RADEON HD3450
agak2 graphic card yg mana sesuai untuk pc saya?
Salam..Saya ada masalah dengan cara terbaik utk mengawal PC Client. Ada x software yg lebih bagus daripada Team Viewer atau Remote desktopr??
windows xp menggunakan sata IDE..persoalan,kenapa ia bertukar ke sata AHCI bila kita me-restart atau shutdown pc?.
adakah kepanjangan cable LAN yang berlebihan akan mempengaruhi speed internet?.maksudnya slow..
contohnya,saya menggunakan wimax dan menukar wayar LAN-nya kepada 10 meter sedangkan wayar LAN-nya yang standard 3m.
Ada mempengaruhi tetapi tidak dirasai sangat sebab maksimum panjang satu cable selalunya 100m panjang
Salam.Saya ada satu masaalah tentang laptop acer travelmate 4050,suara tak berbunyi.Sound driver ok.Saya cuba uninstal dan install lain pun serupa juga dan volume kat sidebar pun tak boleh control,apa masaalah?
pasal acer 4050,pastikan drivernya betul dan cuba restart selepas install.
T/Kasih,bro………
assalam mualaikum wrt, harap semua okey hendaknya. ni adalah kali pertama saya join forum ini, nak tanya sikit tentang komputer, kebelakangan ini komputer saya semacam lambat sangat, dan tadi tiba-tiba lampu web cam yang terlekat di laptop saya ini menyala dan tak boleh nak di off kan, cuak jugak kalau-kalau spyware. buat pengetahuan saudara saya menggunakan line DSL secara berkongsi beramai-ramai, dalam 3 orang.
soalannya, ada tak tips untuk kita pelihara pc daripada “mata-mata”? dan bagaimana nak format pc? sekian terima kasih.
Waalaikumussalan,
Webcam selalunya akan dapat dilihat jika kita approve. Itu setakat yang saya tahu. Sebab saya jarang guna webcam. Lagi satu saya kurang mahir guna servis webcam sebab tak ada webcam.
Kalau ingin format PC boleh dapat ebook panduan memformat komputer di http://www.anjungpc.com
Terima kasih.
Sy ingin btanya. Sy ingn frmt kmptr tp x dpt..bila sy frmt smpai ptghn jln laptop sy off sndr. Sy sdh mgguna plbgai cd window dr xp smpai vista tp msh blaku pkr yg sm. Ms sy frmt ia nyatakn hardisk corupt knp ya. Laptop sy x leh frmt. Tima ksh
Hard disk corrupt ada masalah dengan hard disk. Mungkin sudah rosak. Jadi kena bawa ke kedai komputer untuk pemeriksaan lanjut.
laptop compaq presario c700 sy akan stop selepas on 5 saat walaupun lampu button on/off masih ade.laptop cam hang.xde apa-apa display keluar.
minta yg penah alami problem camni beri tunjukajar.
tq
pening…semasa main game,komputer saya pandai ter-off sendiri?
Mungkin sebab processor terlalu panas. Ini biasa berlaku kepada laptop
oh..sebabkan kalau saya main game dalam lingkungan 3omin ia akan ter-off sendiri tapi kalau online melebihi 10jam tanpa main game ia ok saja.
Laptop saudara ada guna Graphic card tak? Kalau ada mungkin sebab itu pun berkemungkinan juga. Macam laptop rakan saya.
grafic card?…apa benda tu?.kalau tengo dkt tepi2 laptop ni ada tertulis graphics by nvidia GeFORCE 9100m G..pendek kata saya tak thu apa tu grafik cark.yg saya tahu saya guna laptop acer 4530
Ya. Itu adalah graphic card. Model nvidia GeFORCE
sembang2 saja,
bagaimana nak tahu komputer dah berapa kali di -format-?
Soalan yang menarik tetapi saya sendiri tiada jawapannya
mungkin ada saudari kita yang yg lain tahu pasa topik ni
Sy ada satu HDD jenis maxtor 40G yg diberi adik saya dari pc lama. Cuma dia tak tau HDD ni boleh guna ke tidak sebab lama tersimpan dlm pc rosak kat stor. Saya belila satu casing SATA 2.0USB tapi tak leh detect pulak. Masuk kat disk manager pun sama. Saya cuba buat dia jadi 2nd HDD kat PC dan detect guna disk manager. Boleh detect tp lepas jadikan partition D hanya ada 1MB je kapasiti dia. HDD ni tak boleh nak format.
Kalau la HDD tu rosak memang biasa ke kalau kita tak boleh nak bukak, format atau apa2 kat HDD tu. Atau ad acara lain yg boleh digunakan untuk format dan bukak HDD ni. Maksud saya mungkin ada beberapa area yg bad sector dan boleh diasingkan bg membolehkan HDD tu diguna semula..
Terima kasih. Satu perkongsian yang baik.
HDD kalau rosak memang akan timbul pelbagai masalah. Masalah utama adalah tidak dapat detect oleh komputer. Saya ada beberapa hard disk. Masalahnya lebih kurang sama dengan saudara.
Saya pernah jadikan 2nd hard disk untuk komputer tetapi tidak dapat detect. Bagi saya, kalau hard disk tidak dapat detect, kemungkinan besar hard disk itu telah rosak. Datanya memang sudah corrupt atau komponennya sudah terbakar.
bagaimana hendak mengunci pendrive.external hdd.apa software yang boleh?
Mengunci pendrive atau external hard disk maksudnya dengan password. Cuba guna Folder lock
Assalam mualaikum wrt.
Saya ada masalah sikit, harap mendapat pandangan yang terbaik untuk menyelesaikannya.
Kipas laptop saya sekarang ni kadang-kadang berfungsi dan kadang-kadang tidak, dan ketika dia berfungsi tu mesti ada bunyi bising, tak sampai seminit dua berhenti semula. lama lepas tu baru berfungsi semula. Dan tika dia tak berfungsi tu panaslah laptop sekejap. Dan untuk langkah berjaga-jaga, sekarang ni saya guna laptop cooling, okeylah jugak rasanya. Pasal tak rasa berapa panas sangat. Soalannya bolehkah saya terus menggunakannya? Dan apa tindakan yang terbaik yang perlu saya ambil untuk mengatasinya?
Sekian dan terima kasih banyak.
untuk masalah saudara,kemungkinan ada benda asing termasuk dan perlu di bersihkan..atau lebih baik,bawa laptop tu ke kedai komputer yang berdekatan untuk di repair.pasal cooling tu,satu alternatif jg baik jika laptop saudara sedemikian.
Betul cakap David. Kipas mungkin dah tersumbat dengan habuk. Saya pernah buka laptop dan bersihkan habuk. Memang banyak melekat di kipas.
bagaimana cara paling mudah nak remove vokal pada VCD lagu.
Remove vokal maksudnya biar hanya muzik sahaja yang dengar? Begitu?
Jika begitu pilih sahaja bahagian L R Stereo
salam,
Saya nak tahu dimana boleh saya dapatkan spare part bagi laptop.
saya nak cari backlight lamp untuk laptop saya kerana ianya sudah rosok.
tak berapa nampak .
Wasalam,
Cuba cari di website http://www.lelong.com.my atau mudah.my. Rasanya ada yang jual di situ. Sebagai tambahan, website ebay.com.my pun boleh.
Kalau saudara di sekitar Lembah Klang, lowyat dan imbi plaza
sory laptop saya brand ACER travelmate 6291.
mcm mana nak menangani virus yang menukarkan semua jenis dalam format exe yang dibuka dalam aplikasi windows player dalam os vista? sy sangat memerlukan pertolongan dan tunjuk ajar……
Jika virus begini memang kena scan komputer. Jika tidak dapat jalan terakhir, anda kena format semula komputer.
salam..nak tumpang tanye..hdd 3.5 sata blh x djadikan portable(external hdd)..kalo blh mcm mane caranye?n lastly bagus x sata djadikan portable??thnx bro..
Waalaikumussalam,
Boleh. Hard disk SATA memang boleh. Pergi ke kedai dan beritahu casing atau USB untuk external. Kemudian mereka akan pasang dan boleh dijadikan external hard disk
Salam..
Saya ad masalah berkenaan outlook 2007 yang berlaku secara tiba2. Bila nak send/received ada error….adakah solution untuk masalah tersebut?? masalah ini berlaku kebelakangan ini.
Wasalam,
Boleh saya tahu apa email yang digunakan. Jika email sendiri contohnya zaini@anjungpc.com kena ubah setting. Caranya dengan pilih salah satu di bawah ini.
1. Outgoing mail port kena tukar daripada 25 kepada 587. Outgoing mail server masih lagi sama.
atau
2. Tukar outgoing mail server kepada smtp-proxy.tm.net.my. SMTP port masih lagi sama iaitu 25
Saya gunakan cara kedua dengan Outlook yang saya gunakan
Cari artikel
Artikel Melalui Email
Bancian
Kategori
Pelawat Anjung PC
Pelawat semasa