Sejak kecil saya sudah main bola sepak. Main internet? Hanya pada usia belasan tahun. Sukanya saya pada bola sepak memang menggila-gila.
Saya boleh berjaga sehingga lewat pagi semata-mata untuk tengok Champion League. Lepak kedai mamak dari awal malam sampai tengah malam untuk bola, terutamanya Liverpool. YNWA.
Livescore.com, keputusan bola sepak yang pantas.
Tetapi, kerana kerja yang banyak menyebabkan saya letih dan tertidur, tak dapat saya luangkan setiap masa menonton bola. Awal malam kadang-kadang sudah tertidur, bangun pagi sudah terlepas siaran langsung.
Untuk mengubat kekecewaan yang amat dahsyat, bangun pagi terus buka sahaja komputer dan taip www.livescore.com. Pantas, keputusan rasmi bola sepak ada di situ.
Suka kalau menang, masam kalau kalah. Di Livescore, bukan sahaja keputusan BPL (England) tetapi ada juga liga bola sepak terbaik dunia seperti La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali) dan Bundesliga (Jerman).
Bagus bukan jika ada internet?
Dengan adanya internet, akses keputusan sukan menjadi semakin cepat. Bola sepak, tenis dan ragbi (sekadar menyebut beberapa jenis suka) semuanya sudah terhidang. Perlu layari dan baca sahaja. Tidak perlu tunggu berita di televisyen.
Itu untuk antarabangsa, bagaimana sukan Malaysia?
Jawapannya, amat banyak keputusan sukan terutamanya bola sepak disajikan kepada rakyat Malaysia khususnya daripada blog sukan. Antara blog sukan tempatan seperti Sokernet.com, BolaSepak.com dan MySukan.com.
Contoh lain adalah Arena.my, satu portal sukan daripada Astro.
Dengan motto Nadi Sukan Malaysia, Astro Arena menyiarkan setiap jenis sukan yang wujud di Malaysia. Pada portal Arena.my ada disediakan forum, berita terkini sukan dan dokumentari sukan.
Kesimpulan ringkas
Jangan bersedih jika terlepas siaran langsung bola sepak. Tetapi sila bersedih jika pasukan kesayangan kita kalah. Jangan marah. Jumpa lagi.




Comments