Salam sejahtera.
Bagaimana anda menyembunyikan folder anda? Kepada mereka yang sudah biasa dengan Windows, mereka akan klik kanan > Properties > tandakan pada Hidden dan klik OK.
Tetapi ada satu lagi cara yang lebih menarik. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder2 lain. Ia hanya menyembunyikan folder tersebut dari pandangan.
Paling menarik walaupun anda tukar ke ‘Show Hidden File’ sekalipun, folder ini tidak akan kelihatan!
Caranya adalah:
- Buat satu folder di mana sahaja tempat yang anda suka (klik kanan > New > Folder)
- Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
- Tekan butang ‘Alt‘ (selalunya sebelah spacebar) dan taip ‘0160‘ (mesti menggunakan Numpad – nombor-nombor yang di sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
- Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
- Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)
- Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda tidak kelihatan.

Sumber: Kredit to Acop
Mesti baca!
- Menjaga Hard Disk Dengan Disk Cleanup
- Melajukan Loading Komputer
- Senarai Blog Komputer dan IT Berbahasa Melayu Yang Patut Anda Tahu
- Awas Pengguna Komputer Tegar!
- Adakah Komputer Anda Cukup Selamat
Popularity: 11% [?]









Uii… kwn.. pa maca, macm mana mo rename folder supaya tak kelihatan nama 2..??
oh..mnarik..lps tu cmne nk bkak folder tu
Klik sahaja di mana lokasi folder tersebut. Anda kena tahu dimana anda save. Kedudukan sebenar folder tersebut