Salam sejahtera semua,

Pertama sekali mintak maaf banyak-banyak sebab lambat sikit post arini,banyak benda kena buat.Pegi Public Bank bank inĀ  duit debit kad.InsyaALLAH,Khamis ni dapat,boleh verified Paypal.Biasa la nak berjinak-jinak dengan bisnes internet kena la ada debit kad icon_smile.gif.Lepas tu kena format komputer kawan-kawan lagi.Boleh jer jimat duit format sendiri.Camna?Kik sini.Banyak keja jugak kena buat.Ni just intro jer,tak ada kena mengena pun dengan post kali ni icon_smile.gif.

Ok lah.untuk artikel kali ni saya nak bagi satu tips camna nak cepatkan loading komputer bila anda on jer komputer.Sesetengah daripada kita merungut sebab komputer lambat sangat nak masuk Windows (untuk pengguna Windows la).Kadang-kadang kena tunggu samapai 15 minit.Mesti ada sebab kenapa jadi camtu.Let’s check it out.

Sebab utama menyebabkan kpomputer kita jadi lembab bila banyak sangat program yang turut sama loading semasa Windows loading.Contohnya program yang terletak kat taskbar bahagian bawah kanan komputer turut sama loading.Windows akan tunggu semau program tersebut loading lengkap sebelum Windows dapat berfungsi dengan sempurna.Time ni ada jam pasir turut kelihatan icon_smile.gif

Cara utama nak atasi masalah ini,gunakan setting kat Window juagk.Klik Start > Run > taip msconfig,kemudian akan terpapar satu pop-up bertulis System Configuration Utility.Klik pada tab Startup dan jangan tandakan program yang tidak perlu di loading contohnya Yahoo Messenger dan Adobe Readers (contoh sahaja) ataupun program yang kurang penting semasa loading.Cadangan saya anda cuma perlu tandakan untuk loading antivirus dan program yang dirasakan amat perlu untuk permulaan komputer anda.

Setelah selesai tekan Apply dan kemudian OK.Anda dimintak untuk restart semula komputer anda ataupun restart kemudian.Anda disarankan untuk restart semula komputer anda dan lihat sendiri komputer anda akan loading lebih laju berbanding sebelumnya.

Ada teknik lain nak bagi laju komputer?Kongsi la geng icon_smile.gif

Selamat mencuba.