ccna.jpgSalam sejahtera,

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi saya akan menamatkan pengajian di Universiti Malaya.Alhamdulillah,penat lelah saya selama ini akhirnya membawa saya sampai ke tahap ini.Saya bersyukur pada Ilahi dan juga pada keluarga,kawan-kawan serta ‘seseorang’.

Banyak pengalaman pahit manis bersama teman mengharungi pengajian dalam bidang komputer.Orang cakap komputer ni senang,buat pa nak belajar tinggi-tinggi.Tapi realitinya,bidang komputer sama susahnya dengan bidang-bidang yang lain tambahan pula saya mengambil jurusan Sistem & Rangkaian Komputer.

Bagi kami pelajar sains komputer diberi peluang untuk menyertai CISCO Skill Competion 2008.Semua otai2 network akan berkumpul dan menunjukkan bakat masing-masing.Hari Sabtu pagi akan bermula pertandingan tersebut.Setiap peserta membawa imej Intitusi Pengajian masing-masing.

Tambah menarik lagi,pada masa yang sama terdapat juga sesi temuduga jawatan dalam bidang komputer.Antara syarikat yang bakal hadir adalah Datacraft, HP, Getronics, Solsis, VADS, Mesiniaga dan Dell.Memang satu peluang yang tak mungkin dilepaskan.Rugi la kalau tak join :)

Cenderamata seperti t-shirt dan beg juga diberikan.Sebab itulah tak sabar-sabar menanti hari Sabtu :)

Mohd Zaini

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Lagi artikel komputer :

Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini