Salam Maulidur Rasul

5 Commented March 18 2008
Categorized Under: Terkini

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.Sapa yang ingat tarikh tersebut angkat tangan? :) Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,utusan terakhir Allah dimuka bumi untuk umat manusia.Bagi semua kaum muslimin di seluruh Malaysia pasti akan mengambut dengan berselawat ke atas junjungan besar kita sepanjang hari.Banyak acara akan diadakan di Malaysia dan yang menjadi kewajipan adalah perarakan umat Islam seluruh Malaysia.

Pengorbanan baginda memang tidak dapat disangkal lagi.Semuanya untuk umatnya tercinta.Baginda dah memberikan seluruh jiwa,raga dan harta untuk Islam dan umatnya,sehinggakan sebelum mangkat baginda sempat menyebut umatnya.Baginda juga menjadi ikutan (role model) bagi setiap aspek baik dari segi kekeluargaan,pemimpin dan keagamaan.

Renungkan sejenak kisah ini..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku s eda ng demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

“Siapakah itu wahai anakku?”


“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti k eda tanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawa tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.”Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa baarik wa sallim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Jadi apa sumbangan kita terhadap baginda?Cukupkah dengan berselawatan pada hari Maulidur Rasul sahaja?.Tepuk dada tanya iman.

Mari sama-sama hayati nasyid Selawat dari UNIC

Ya…Rasulullah
(*)Ya Rasulallah salamun alaik
ya rafi’assayani waddaraji

‘uthfatayya khairatal ‘alami
ya ahlaljuudi walkararami(2)

nahnujiiranum bizil harami
haramul ihsaani wal hasani

nahnu min qaumiim bihi sakanu
wabihi min khaufihim aaminu(2)
ulang*

wabiayyatil quraani ‘unu
fattaiz fiina akhal wahanu

tariful bathahaa wa ta’rifuna
was shafa wal baitu yaalafuna (2)
ulang*

walanaal ma’laa wakhii fumina
fa’laman hazaa wakun wakuni

walanaa khairal anaami abu
wa’aliyyul murtadhaa hasabu(2)
ulang*

Maulidur Rasul tahun ini jatuh pada hari Khamis,20 Mac 2008.Semua negeri kalau tidak salah saya diberi cuti pada tarikh tersebut.Boleh la tengok perarakan.Walaubagaimanapun,akibat bahang pilihanraya ke-12 yang belum reda,polis Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya umat Islam tidak mengambil kesempatan ini untuk memprotes kerjaan baru DAP di negeri Pulau Mutiara tersebut.

Bersempena dengan Maulidur Rasul kali ini,saya berpesan pada diri sendiri agar banyakkan amalan yang sememangnya kurang ni :) Sentiasa berselawat pada junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.

Salam Maulidur Rasul dari Anjung PC :)

Artikel komputer menarik:

Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

Popularity: 3% [?]

Bacaan tambahan

  • No Related Posts

5 Comments

  • At 2008.03.19 05:21, beduz said:

    bagaimana agaknya apabila kita menghadapi sakaratul maut? sehinggakan jibril tidak sanggup melihat Nabi SAW ketika sakaratul maut.
    mudah-mudahan kt mendapat syafaat dari Baginda di Akhirat kelak..amin..

    • At 2008.03.19 05:25, starline said:

      Selagi kita patuh akan ajaran dan suruhan Baginda kita tidak akan sesat dan susah sampai bila2.Amin

      • At 2008.03.19 15:08, emet said:

        Sedangkan Nabi Muhammad terasa pedih ketika dicabut nyawanya…

        Kita lagi bagaimana?

        Sayang sungguh Nabi pada umatnya, tapi apakah balasan kita?…

        • At 2008.03.19 17:48, starline said:

          Kita sebagai umat kena sentiasa ingat,selawat dan ikuti segala sunnah baginda.Kita kena sambung perjuangan menegakkann Islam yang baginda bawakan.

          • At 2008.03.20 14:36, MK said:

            selawat dan salam ke atas nabi.
            terima kasih ya Rasulullah

            (Required)
            (Required, will not be published)