Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1 Muharram 1430  jatuh pada 29 Disember 2008 kurang 3 hari sebelum tahun baru 2009. Azam hijrah iaitu azam perubahan dari yang baik kepada lebih baik dan lebih baik kepada tahap paling baik. Bagi yang tidak baik tentulah kena berubah ke arah lebih baik.

maal-hijrah.gif

Kita selalu mengharapkan hanya apabila tiba tahun baru sahaja kita menanam azam untuk berubah. Ada yang ingin berhenti merokok. Satu azam yang baik tetapi dengan azam sahaja tanpa usaha ibarat angan-angan Mat Jenin.  Akhir sekali semakin kuat kita merokok.

Sambutan Ma’al Hijrah setiap tahun meriah tetapi sambutan tahun baru Masihi lagi lagi dan lagi meriah.  Rakyat sanggup keluar malam menanti tiba detik 1 Januari setiap tahun. Diadakan konsert besar-besaran, sambutan seluruh negara dengan ketibaan orang-orang kenamaan.

Maal Hijrah disambut dengan hanya segelintir penduduk dan rakyat. Bahang kehangatan tahun baru Masihi tidak sama. Ia ibarat di anak tirikan segelintir ‘orang-orang besar’.

Apa sudah jadi?

Sempena Tahun Baru Hijrah 1430, saya ingin mendoakan seluruh umat Islam Malaysia dan dunia bertambah baik dari segala bidang sama ada ekonomi, pendidikan dan sahsiah diri.

Apa hijrah anda untuk tahun ini?