Salam sejahtera pembaca budiman,
Kurang lebih 2 minggu lagi, kalendar 2011 bakal berakhir. Saya percaya, masing-masing sudah ada azam untuk tahun 2012. Persoalannya, adakah azam 2011 sudah berjaya dicapai?
Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Saya belum lagi tercapai. Hampir sahaja tercapai. Jika impian untuk diri sendiri belum tercapai, sekurang-kurangnya kita boleh berbangga dengan negara tercinta, Malaysia.
Pencapaian ICT Malaysia untuk tahun 2011
The Global Information Technology Report 2010-2011 telah mengeluarkan butiran terperinci mengenai pencapaian teknologi maklumat setiap negara. Laporan ini adalah satu projek khas daripada World Economic Forum’s Center untuk Global Competitiveness and Performance and the Industry Partnership Programme for Information Technology and Telecomunication Industries.
Panjang sungguh nama projek. Ringkasannya, pencapaian IT dan telekomunikasi negara dunia. Mengikut laporan dari Global Information Technology Report, untuk tahun 2010-2011 Malaysia berada di tangga ke-28. Bagi negara Asia Tenggara, kita berada di tempat kedua selepas Singapura.
Ranking within group, HI: Pendapatan tinggi, UM: Pendapatan tinggi dan sederhana, LM: Pendapatan rendah dan sederhana
Lebih membanggakan, Malaysia berada di tempat pertama bagi kategori pendapatan tinggi dan sederhana yang mempunyai teknologi ICT yang terbaik. Singapura sebuah negara berpendapatan tinggi, jadi tidak hairan kemudahan teknologi maklumat baik.
Malaysia is the only non-high-income country to feature in the top 30. Malaysia is ranked 28th, with a slight improvement in its overall score this year, and it places 10th for ICT readiness of the society as a whole. Memetik huraian laporan tersebut.
Laporan ini setebal 435 muka surat. Terus terang saya belum habis baca. Saya cuma mencari Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain. Walaupun ianya sekadar laporan, saya amat berbangga dengan pencapaian teknologi maklumat di Malaysia.
Klik untuk muat turun laporan The Global Information Technology Report 2010-2011.
p/s: Sama-sama martabatkan ICT kita. Malaysia Boleh!


Comments