Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan  subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Pada kali ini saya tidak ingin berkongsi cerita mengenai komputer yang selalu saya tulis.Nak berehat sekejap,penat sebab baru balik dari Melaka jumpa ‘seseorang’ :) Kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai pilihanraya ke-12 akan datang.Kalau diikut dari tarikh post ini ditulis cuma tinggal 2 minggu saja lagi.

Kni semua parti sibuk berkempen dengan manifesto masing-masing.Pihak pemerintah (kerajaan) menggunakan semua medium yang ada untuk terus berkempen,begitu juga dengan pemnbangkang.Surat khabar tempatan,internet dan radio mula bercerita tentang bahang pilihanraya.Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak asalkan keaman,kemajuan dan keselesaan dapat dikecapi.Bukan saja saya,malah semua rakyat Malaysia sependapat dengan saya.

Tapi yang mengecewakan saya,setiap kali pihanraya,parti yang berkempen akan memburuk-burukkan pihak lawan.Memaki-hamun,memfitnah sesama sendiri malah sesama agama.Tujuan utama untuk meraih undi rakyat.Betul ke cara tu?Mengenepikan nilai moral untuk kepentingan sendiri ataupun senang cerita kerana ego.Dia sahaja yang betul,orang lain salah.

Saya malu dengan pemimpin sebegini.Bukan golongan minoriti tapi majoriti pemimpin sebegini.Layakkah dipanggil pemimpin kalau begini sikapnya?Orang yang nak pimpin kita tapi berperangai kurang elok.Memang tak boleh dijadikan ikutan.Saya cakap untuk semua parti.

Satu lagi,manifesto atupun janji sebelum pihanraya.

“Jika menang nak buat….”

“kami akan bagi….”

macam-mcam lagi.Dengan izin Allah S.W.T pihak tersebut menang tapi janji tinggal janji.Indah khabar dari rupa.Jadilah satu pembohongan yang terpaksa ditelan oleh semua rakyat.Akhirnya,rakyat gigit jari,pemimpin hilangkan diri dan janji tinggal janji.

Pilihlah pemimpin yang adil untuk agama,bangsa dan negara Malaysia.Selamat mengundi.

“…angan Mat Jenin panjat pokok kelapa…”

Mohd Zaini Ismail

Artikel komputer menarik:

Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini