Google Mencari Malaysia

No Commented January 27 2008
Categorized Under: Terkini

Pada Forum Ekonomi Dunia (WEF 2008) yang diadakan di Davos,Switzerland Google Inc iatu enjin pencarian terbaik di dunia telah bersetuju untuk mengadakan pangkalan data Google di Malaysia.

Satu perkembangan positif kerana peningkatan penggunaan internet di Malaysia.Kalau pengguna internet tentu kenal siapa Google ni.Malah pensyarah saya pernah memanggil Google sebagai Pak Cik Google sebab apa sahaja maklumat tanya saja dia.

DAVOS (Switzerland): Google Inc, syarikat gergasi enjin pencarian internet, memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDeC) susulan rancangannya untuk mewujudkan pangkalan di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata syarikat itu berminat melabur di Malaysia berikutan prasarana mencukupi dan kedudukan geografi yang strategik.

Katanya, Google juga berpendapat rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara boleh membantu pembangunan syarikat itu mewujudkan pangkalan di Malaysia.

“Google juga menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang mana ia tertinggi berbanding di negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.

Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan disediakan kelak akan turut dapat dimanfaatkan negara. Petikan dari Berita Harian

Mohd Zaini


Popularity: 1% [?]

Bacaan tambahan

  • No Related Posts

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)