Dapatkan Demo Version Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer secara PERCUMA sekarang! Layari www.anjungpc.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kita kerap kali manusia melayari Internet. Banyak tujuan. Banyak ilmu yang ingin di kutip dalam dunia maya ini. Sesetengah orang melayari Internet untuk mengetahui isu-isu semasa, memuat turun lagu-lagu, mencari video dan tidak ketinggalan juga menggunakan internet untuk menjalankan perniagaan. Secara umumnya, manusia melayari Internet untuk mencari maklumat.
Muat turun lagu (download) sudah menjadi satu kemestian kepada pengguna. Jika inginkan sesuatu lagu cuma taip sahaja nama lagu di web carian seperti Google dan Yahoo dan hasil carian akan terpapar untuk dipilih. Laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan memuat turun lagu akan terpapar dan hanya perlu menggunakan fungsi carian untuk mencari lagu kegemaran.
Sesetengah laman web juga menyediakan perisian (software) sebagai perantara untuk memuat turun lagu dengan lebih cepat, mudah dan berkesan. Kebanyakkan perisian ini boleh di dapati secara percuma dan memerlukan ruang dan masa yang sedikit untuk proses pemasangan (installation).
Namun, adakah memuat turun lagu di internet boleh di kategorikan sebagai salah dari segi undang-undang harta intelek? Kita sering terdengar dan melihat sendiri bagaimana industri muzik negara semakin tenat dengan kisah lanun cetak rompak. CD dan kaset lagu boleh didapati dengan kualiti yang hampir sama dengan asli. Dengan modal yang sedikit kita boleh mendapatkan pelbagai jenis lagu kegemaran dengan label cetak rompak.
Situasi sama berlaku dalam dunia internet. Namun melalui kaedah digital dan lebih menarik. Memuat turun lagu tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna. Setiap lagu yang dihasilkan ditunjangai oleh banyak pihak. Mereka bertungkus-lumus dari mula lagu dicipta sehingga sampai ke tangan pengguna. Pencipta lagu, penulis lirik, penerbit, penyanyi dan sebagainya akan menerima nasib serupa seperti di dunia nyata.
Bagaimana dengan bayaran royalti penyanyi? Kos penerbitan? Kos pemasaran? Kos sampingan?. Album yang sepatutnya boleh terjual sehingga berpuluh ribu hanya mampu terjual beratus sahaja. Tiada siapa mahu beli kerana boleh didapati secara percuma di internet!
Tetapi dalam dunia globalisasi, macam-macam boleh terjadi. Pengaruh internet dan keperluannya yang dianggap antara terpenting untuk kehidupan tidak mampu disekat. Internet memberikan ruang mudah dan terbaik untuk pengguna mencari maklumat dan secara tidak langsung para pengguna turut mencari hiburan yang kebanyakkannya boleh didapati secara percuma. Semakin hari teknologi Internet semakin maju dan industri muzik perlu mencari altenatif lain untuk turut serta mengaut keuntungan di ‘lautan maya’ dari menjadi mangsa dan berputih mata.
Kesimpulannya, pada pandangan anda, ini salah siapa? Pengguna? Internet? Pencipta?
Fikir dan fikir bersama.
M.Zaini Ismail
Artikel sampingan:
- Awas Pengguna Komputer Tegar!
- Kenapa Masih Ada Yang Tertipu?
- Berani Terima Kritikan Jika Ingin Berjaya
- Bidang Komputer Tidak Laku?
- Jangan Tiru Walaupun Menarik
- Masalah Sosial di Internet
Popularity: 4% [?]









salah manusia sendiri tidak dapat mengawal nafsu. hehehe. apa pun aku rasa benda ni akan hilang nanti dengan terciptanya jenis file lagu yang lebih security. Tetapi rasanya kerana teknologi jugaklah file security tu blh di download juga. hahaha. soalan ni membingungkan sebenarnya. hahaha
Kadang-kala kita sendiri tidak tahu salah siapa. Paling penting jangan ada pihak yang terpedaya dan papa kedana akibat kemajuan teknologi.
Hm.. Soalan nie..
Pada aku, fitrah manusia suak yang free.. Termasuk aku.. Jgn marah ha..
Tiada yang memberi kita tetap akan mencari jalan untuk mendpatkanya secara percuma @ berbayar… Semua mahu latest info lagu.. Nak share dengan kawan-2..
Selain dari internet,kengkawan boleh juga bluetooth antara mereka juga utk mendapat lagu.. Camner?
@ijamidayu,
Betul tu, setiap manusia semestinya suka pada benda percuma. Seboleh-bolehnya mahukan semua benda dalam dunia percuma. Saya tidak marah dan menyalahkan sesiapa. Artikel ini untuk dibahaskan bersama bagi mencari apa sebenarnya perlu dilakukan. Terima kasih.
Bluetooth? Satu lagi cara penyebaran yang sukar di kawal.
erm..kalo tak silap saye lah,
skrg artis or syarikat rakaman tu akn dapat juga bahagian mereka.
tapi ni kes yg buat lagu jadi true tone, ringtone, whateva..dlm hp tu kan..
kalo download through laman web, saye tak pasti.jeng jeng.hehhe
ehm..aku donload aje. kita memang suka benda percuma macam ni..