Salam sejahtera pembaca budiman,

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan kanak-kanak akibat diculik selepas kejadian sedih atas permergian arwah Nurin Jazlin Jazimin tahun lepas.

Kali ini mangsa culik adalah Sharlinie Mohd Nashar berumur 5 tahun.

Penjenayah yang didakwa melakukan perbuatan keji ini dikenali sebagai “abang kucing” kerana modus operandinya adalah memujuk kanak-kanak mencari kucing dan burung.

Tidak kisahlah siapa yang menculiknya,tindakan tersebut adalah salah disisi undang-undanag dan agama.Suka-suka hati saja nak amik anak orang.Geram tul la!

Salah siapa semua ini?Ibu bapa?Pihak berkuasa?Masyarakat sekeliling.Yang penting bukan salah anak kecil tersebut kerana usianya yang masih muda,5 tahun.

Apa pun yang terjadi usaha mesti diteruskan dan sebagai warga Malaysia yang terkenal dengan sikap tolong-menolong,kita kena hulurkan tangan,ringankan beban.

Ibu bapa kanak-kanak malang tersebut tidak mahukan bantuan wang ringgit dari kita,hanya mahukan anak meraka dapat ditemui dan pulang ke pangkuan.

Sama-samalah kita membantu dan berdoa kepada-Nya kerana Dialah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Semoga Sharlinie ditemui dalam keadaan selamat dan penjenayah tersebut dapat dihapuskan di muka bumi ini.