Bahaya SMS Berunsur Spam

No Commented March 16 2010
Categorized Under: Terkini

Setiap hari kita akan guna handphone. Begitu juga setiap kali kita akan terima dan hantar SMS ke serata tempat. Setiap hari saya percaya kita akan menghantar sekurang-kurangnya sepuluh SMS.

Setiap hari juga saya akan terima SMS spam. Dahulu cuma email sahaja yang dijadikan medium untuk menghantar spam tapi kini sudah beralih kepada penggunaan SMS. Jika email, mungkin tidak menyeluruh kepada semua kerana tidak semua orang mempunyai email.

Tetapi dengan cara SMS, saya yakin dan percaya setiap orang mempunyai telefon bimbit. Dari kanak-kanak berusia 6 tahun sehingga yang sudah berusia puluhan tahun. Jadi, pasarannya lebih luas dan menyeluruh.

Reaksi saya semasa terima SMS ini memang amat menyakitkan mata memandang. Saya tidak pernah melanggan untuk dapat SMS sebegitu rupa tetapi setiap hari puluhan SMS akan masuk dalam inbox saya. Memang tertekan. SMS yang bukan-bukan dan penuh dengan unsur lucah.

Bahaya SMS Spam

SMS yang diterima mengkehendaki kita melanggan dengan sesuatu servis atau produk. Ia akan jadi berbahaya apabila servis dan produk yang ditawarkan itu menipu. Kalau ianya satu penipuan, pastinya kita akan kerugian. Risiko yang harus ditanggung oleh kita jika terpedaya dengan beberapa perkataan yang mengasyikan. Kita sendiri tahu akan bahayanya.

Kedua, ia akan jadi berbahaya kepada sosial dan moral. Kebanyakkan SMS yang diterima adalah berunsur lucah yang keterlaluan. Tidak masuk akal. Ayat yang digunakan untuk menarik perhatian kita adalah dengan mengumpan golongan artis dan pihak-pihak tertentu.

Apa akan jadi kepada kanak-kanak jika SMS sebegini diterima mereka?

Kepada yang menganjurkan SMS tidak sihat ini, berfikir dahulu kesan dan akibatnya. Jangan gadaikan kesopanan dan kesusilaan kita demi secebis keuntungan duniawi.

Ingat, matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara!


Popularity: 2% [?]

Bacaan tambahan

  • No Related Posts

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)