Salam sejahtera,

Mulai esok,saya akan bercuti dan pulang ke kampung.Dalam masa tersebut saya tidak akan aktif berblog dan hanya akan aktif kembali pada 20 Mei 2008.Bukan apa,sudah lama tidak pulang ke kampung.Rindu pada keluarga,mak ayah dan anak sedara yang menanti di kampung.

Al-maklumlah,peperiksaan semester ini sudah tamat dan semester depan ada lagi (semester akhir).Bagus jugak rehat sekali-sekala hilangkan tekanan dan masalah semasa belajar.

eBook Panduan Memformat Komputer juga akan diberhentikan sementara waktu jualannya sehingga saya maklumkan kembali.Ini untuk proses penyelenggaraan pada eBook dan website jualan tersebut.Kepada sesiapa yang belum mendapatkan eBook tersebut,sila berbuat demikian kerana saya akan memberhentikan sementara jualan bermula pada 8 Mei 2008 jam 11.30 malam ini.

Jadi kepada sesiapa yang inginkan jualan murah,dapatkan sekarang di www.anjungpc.com

Moga jumpa lagi..peace :)

Mohd Zaini Ismail