Salam sejahtera,
Di dalam Kronologi Sejarah Komputer: Bahagian 1 dan Bahagian 2 ada menerangkan tentang secara ringkas mengenai asas penghasilan komputer. Tetapi komputer komersial pertama yang di cipta oleh manusia adalah (UNIversal Automatic Computer I) atau UNIVAC I yang dihasilkan di Amerika Syarikat pada tahun 1947. Ia dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchl dan menjalankan penyelidikan dan penciptaan UNIVAC I di Eckert-Mauchly Computer Corporation. Mereka juga meneruskan perjuangan pereka cipta untuk model ENIAC
Pada tahun 1951 UNIVAC I telah dihantar kepada Biro Bancian Amerika Syarikat (United States Census Bureau). Dari tahun 1951 – 1958 sebanyak 46 UNIVAC telah di hantar ke merata tempat dan penggunaannya kemudian dihentikan ecara berperingkat-peringkat. Pengguna komersial pertama yang membeli UNIVAC I adalah Prudential Insurance Company.
Kegunaan utama UNIVAC I adalah untuk input dan output yang besar. UNIVAC merupakan komputer pertama menggunakan pita magnetik dan buffer memori.
Spesifikasi UNIVAC I:
|
Jumlah tiub vakum |
5200 tiub |
|
Jumlah Diod |
18 000 diod kristal |
|
Jumlah Geganti |
300 geganti |
|
Berat |
13 metrik tan |
|
Penggunaan kuasa elektrik |
125 kW |
|
Tahap operasi |
1905/saat pada 2.25 Mhz |
|
Luas pusat komputer |
4.3 meter x 2.4 meter x 2.6 meter tinggi |
|
Keseluruhan sistem |
Melebihi 35.5 meter persegi lantai bangunan |
|
Memori |
Simpanan antara 1000 perkataan atau 12 000 karakter |
sumber bacaan : www.wikipedia.org, www.thocp.net, dan nota Senibina Komputer Sains Komputer.
Bersambung…


Comments