Dapatkan Demo Version Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer secara PERCUMA sekarang! Layari www.anjungpc.com
Salam sejatera pembaca budiman,
Von Neuman/Turing
Selepas era ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) muncul pula teknologi komputer yang dikenali sebagai Von Neumann/Turing. Asas penciptaannya adalah untuk menyimpan konsep-konsep program komputer. Memori utama digunakan untuk menyimpan data dan program. Sistem ALU (Arithmetic Logic Unit) menggunakan data binari (Asas 2). Nombor asas dua hanya mempunyai nombor 1 dan 2.

Struktur asas von Neumann
Unit kawalan pula digunakan untuk menghubungkan setiap arahan dengan memori utama dan melaksanakan setiap arahan yang diterima. Unit kawalan juga mengawal setiap perkasasan untuk menerima input dan menghasilkan output.
Ianya dicipta oleh von Neumann dan Alan Turing di Princeton Institue for Advanced Studies dan siap sepenuhnya pada tahun 1952. Idea asal mengenai komputer adalah dari Alan Turing yang telah membuat kajian menganai komputer sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Alan Turin juga dikenali sebagai bapa komputer moden. Hasil kajian mengenai algoritma dan Turing Machine menjadikan beliau antara pelopor dalam bidang algoritma komputer.
Sumber bacaan : www.wikipedia.org, www.turing.co.uk dan nota Senibina Komputer Sains Komputer
bersambung
•
•


Comments