Salam sejahtera,
Kali ini saya ingin berkongsi pandangan dengan semua. Saya menerima email bertanyakan beberapa soalan yang bagus untuk dibincangkan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kerana bertanyakan soalan kerana sedikit sebanyak dapat dijadikan artikel untuk blog.
Berikut adalah soalan beliau:
salam bro,
Waalaikumussalam w.b.t
Saya nak tanya:-
1) Apa perbezaan Windows XP Home Edition & Professinal?
Windows XP Home Edition dan Windows XP Professional memang terdapat perbezaan yang agak ketara. Secara ringkasnya, Home Edition cuma mempunyai fungsi-fungsi asas pada Windows kerana direka untuk kegunaan sendiri (home), sementara Professional direka untuk perniagaan dan mempunyai fungsi yang lebih banyak.
Contohnya, kita boleh membuat pilihan bahasa pada Windows Professional tetapi tidak pada Home Basic.
Windows XP Professional juga dilengkapi dengan Internet Information Services/Personal Web server (IIS Server). ISS bertujuan untuk menjalankan sesuatu laman web yang dibuat pada PC (localhost). IIS tidak terdapat pada Home Basic.
Untuk tujuan melayari internet dan keselamatan komputer, Windows XP Professional lebih baik dari Home Basic.
Ini cuma perbezaan asas yang terdapat pada kedua-dua jenis Windows ini. Banyak lagi dan boleh dirujuk di laman web Micosoft.com atau carian di artikel internet.
Kalau upgrade kena bayar atau tidak?
Secara umumnya memang ada bayaran untuk upgrade. Maklumat lanjut boleh rujuk website Microsoft.com
Berapa harga terkini di pasaran?
Windows XP Home Edition = RM300
Windows XP Professional = RM550
2) Apa perbezaan Microsoft Office 2007 Home Edition & student price?
Secara umumnya tiada perbezaan ketara kerana Windows Office 2007 Home & Student Edition kerana terdapat juga terdapat Excel, PowerPoint, Word, and OneNote seperti versi-versi Office yang lain. Kelebihannya lebih mudah kerana grafik yang lebih menarik untuk penyediaan dokumen yang lebih sempurna. Tujuan utama adalah tertumpu kepada pelajar.
Kalau upgrade kene bayar atau tidak?
Upgrade di sini bermaksud tukar kepada Windows Office 2007 Home & Student Edition daripada versi-versi lama. Memang perlu bayaran.
Berapa harga terkini di pasaran?
RM170
3) Apa perbezaan Adobe CS3 Web Design Premium/Standard/Student price? kalo upgrade
kene baya x? brp harga terkini di pasaran?
Secara asasnya Adobe CS3 ianya juga dapat digunakan untuk JavaScript, JSP, ASP (Visual Basic, C#, VBScript), PHP, ActionScript, XML, dan XSLT. Ada pertambahan pada fungsi bergantung kepada pakej. Upgrade dikenakan bayaran bergantung kepada pakej terbaru upgrade. Harga:
Adobe CS3 Design Premium = RM7,887
Adobe CS3 Design Standard = RM5,256
Student price saya tidak menjumpai maklumat.
Terima kasih dan harap sedikit membantu.

