Berikut adalah pertanyaan salah seorang rakan kita kepada saya. Dia mempunyai masalah pada komputernya:

Soalannya:

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan berkenaan file yang tak boleh di buka, semua icon di dekstop saya sama semua, iaitu icon window media player,bila klik semua tak boleh buka, unsupported file.

Masalah ini bermula apabila saya rakam screen guna screen recoder, camstudio. Selepas habis rakam saya save dan saya pun tak tau save di mana.

Saya klik butang “start” kemudian cari video tu menggunakan kotak carian, kotak “search program and file” bila dah jumpa saya klik kanan pada tajuk video tu dan klik “open with” –> window media player,

Selepas itu hampir semua icon di dekstop bertukar jadi icon “window media player” bila saya klik icon tu akan keluar window media player tapi ada msg– unsupported file

Soalan saya:
1. Bagaimana nak kembalikan seperti asal?

2. Adakah file rosak?

3. Kenapa semua icon tertukar sedangkan saya pilih video saja untuk dibuka dgn window media player.

Sekarang kalau saya buka internet explorer atau program lain saya gunakan kotak “search program and file” kemudian klik kanan–open file location.kalau dari dekstop tak boleh

Jawapan saya:

Jika semua program sudah menjadi fail Window Media Player, ada dua sebab:

1. Mungkin anda telah open with dan pilih choose program kemudian tick pada  “Always used the selected program to open this file.” Jika tanda pada baris ini, semua program yang mempunyai format yang sama akan dibuka oleh Window Media Player (sebagai default program), atau;

2. Masalah ini mungkin berpunca daripada screen recoder. Pertama, anda perlu uninstall screen recorder CamStudio tersebut. Kemudian, restart PC dan lihat kembali pada fail di dalam komputer. Cuba buka satu persatu. Fail tidak rosak, cuma  Window Media Player tidak dapat membuka fail itu sahaja. Contohnya, jika anda ingin membuka Microsoft Word menggunakan Window Media Player, pasti tidak akan berjaya.

Jika masih tidak berjaya, harap beri komen di sini dan kita akan sama-sama membantu saudara.

Terima kasih.