Soalan berikut saya kongsikan untuk meminta pandangan daripada pembaca. Saya telah memberikan sedikit pandangan kepada beliau untuk menyelesaikan masalah.

Assalamualaikum

Setiap kali saya shut down laptop saya ia akan mesej keluar Windows security error, di bawahnya pula Critical error, cannot unload this service, selepas itu keluar Ending program dan baru lah Off  kadang kala sampai 2 hingga 3 kali shut down baru off.

Saya harap En Zaini dapat tolong  kerana saya sudah puas mencuba. Diatas segala pertolongan yang En Zaini berikan saya ucapkan terima kasih.

————————— ***** ———————————

Sebagai langkah penyelesaian awal, saya telah memberikan beberapa tips berikut:

1. Cuba scan komputer, takut ada virus, spyware dan malware dalam komputer yang menggangu sistem komputer.
2. Sebelum shutdown pastikan semua program ditutup dengan sebaik-baiknya
3. Lakukan defragment hard disk dan juga scan disk. Bimbang hard disk mungkin mengalami kerosakan

Saya amat mengalu-alukan pandangan, komen dan cadangan daripada pembaca sekalian.

Terima kasih