Soalan:

TERSALAH UPGRADE

Salam…

Saya mempunyai masalah tersilap upgrade iaitu dari windows XP ke windows Profesional. Pada asalnya saya mengunakan Windows XP kemudian saya telah tersilap upgrade dan ter-upgrade ke Windows Profesional. Berikut adalah masalah yang saya hadapi selepas proses upgrade tersebut:

1. Masalah sekarang game yang saya install semuanya tidak boleh dimainkan

2. Sistem standby iaitu di Start menu sudah tidak berfungsi. Ada button tersebut tetapi tidak boleh di klik.

3. Turn-off monitor juga tidak berfungsi. Saya telah set screen saver apabila komputer dibiarkan selama 10 minit & turn-off monitor untuk 20 minit tetapi apabila cukup 20minit monitor bukannya padam sebaliknya ianya menyala pula.

Bagaimanakah langkah untuk saya atasi masalah tersebut? Saya ingin menggunakan
Windows yg asal iaitu Windows XP. Bolehkah saya kembali menggunakan windows yang
asal (Windows XP)? Bagaimanakah caranya?

—————————————————————————————————————————–

Waalaikumussalan w.b.t,

Jawapan saya (pandangan peribadi):

1. Jika games yang install tidak dapat digunakan selepas upgrade, cara paling mudah adalah dengan uninstall dan install semula. Jika ada save file lebih baik kerana dapat digunakan semula.

2. Jika update baru untuk Windows XP dan dalam masa yang sama menggunakan screen saver Direct3D-based memang standby atau hibernate tidak berfungsi. Apabila update, Windows juga akan gantikan sesetengah fail dengan fail yang baru. Caranya, cuba jangan gunakan screen saver.

3. Mengikut pembacaan, masalah mungkin berpunca daripada penggunaan AC power (charger). Apabila guna AC power dan ia telah berjalan (idle) dalam masa 30 minit (screen saver dan turn-off time)  Windows XP Idle Task Scheduler servis akan berfungsi dan akan reset setiap 3o minit. Jadi mungkin sebab itu ia tidak dapat shut down dengan tepat. Cuba set turn off kurang dari 20 minit. Contohnya, screen saver 10 minit dan turn-off 10 minit.

Jika ingin menggunakan Windows versi sebelumya, ada dua pilihan:

1.Gunakan System Restore (Start – All Programs – Accessories – System Tools – System Restore ). Pilih restore my computer to an earlier time. Pilih tarikh sebelum anda upgrade ke versi baru.

Contohnya, jika anda upgrade pada 17 Februari 2010, anda boleh pilih hari sebelumnya dengan klik pada gambar kalendar yang diberi. Kemudian klik next sahaja. Pastikan anda save semua fail-fail penting terlebih dahulu.

2. Format komputer ke versi asal

Apa pandangan anda?