Salam sejahtera,
Soal jawab pada kali ini, saya menerima satu email bertanyakan soalan mengenai masalah Celcom broadband pada Windows 7. Berikut adalah soalannya:
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sedikit. Pada 2 hari lepas saya ada setup win7 ultimate pada Compaq Presario v3000. Semuanya tiada masalah sehinggalah apabila saya nak gunakan broadband Celcom. Apabila sudah install modem tersebut, ia tiada masalah tetapi apabila kita klik pada icon broadband terpapar gambar kecil dan tidak ada VGA display macam Win98 yang belum install VGA.
Soalannya, bagaimana saya nak betulkan keadaan itu? Sedangkan display Win7 sudah support. Adakah saya kena format semula Windows 7?
dari Liey
Jawapan saya:
1. Cuba uninstall dan install semula dialer modem tersebut
2. Masalah ini mungkin berpunca daripada dialer pada Celcom kerana sebelum ini (iaitu selepas install Win 7) tiada masalah berlaku. Cuba dapatkan bantuan teknikal daripada pihak Celcom.
Sekadar pandangan
Jika anda pengguna Celcom broadband, saya menantikan jawapan anda.


Comments