Soalan:

Assalamualaikum, saudara,

Saya ada masalah sedikit. Saya baru sahaja guna 3 bulan Windows 7 Enterprise pada laptop Acer 5572. Masalah yang saya hadapi adalah, laptop saya akan restart sendiri setelah satu jam digunakan. Saya sudah setting pada power option kepada never. Saya sedikit bingung. Adakah motherboard laptop rosak? Adakah saya perlu format semula? Saya memerlukan bantuan.

Jawapan:

Waalaikumussalam. Terima kasih pada yang bertanya. Satu soalan yang baik untuk dibincangkan. Berikut adalah jawapan saya. Ada banyak sebab, antaranya:
1. Power tidak berfungsi dengan baik, tapi kalau sudah setting never, bukan itu masalahnya
2. Motherboard juga boleh sebabkan jadi begitu.
3. Kipas yang tersumbat, macam satu laptop yang saya baiki, kipasnya tersumbat dengan habuk sehingga kipas tersebut tidak dapat berfungsi. Selepas di cuci, komputer akan berkeadaan baik semula.

Apa pula pandangan anda?