Salam sejahtera,
Post kali ini adalah sambungan dari post Mengenal Kabel Rangkaian Komputer : Bhg 1 yang lepas.Saya pasti semua sudah dapat sedikit gambaran mengenai jenis kabel terutamanya yang kita gunakan di komputer sekarang.
Kabel Jenis Shielded Twisted Pair (STP)
Sejenis kabel telefon kuprum yang mempunyai 2 wayar kuprum digabungkan bersama yang disaluti untuk melindungi kabel tersebut.Bahagian yang disaluti melindungi dari gelombang elecktromagnet dari kerosakan kabel.Kerap digunakan dalam Ethernet terutamanya dalam penghantaran data yang laju.
Ia sesuai untuk persekitaran elektrik sebab disaluti lebih tebal kabelnya.Ia menggunakan kuprum kabel untuk menyambungkan komputer dengan syarikat telekomunikasi.Sesuai digunbakan dalam rangkaian Token Ring Topology.
Walaupun STP melindungi ganguan lebih baik dari UTP,ia lebih mahal dan amat sukar untuk dipasang.Ia kerana pelindung yang berkilat (metallic shielding) mesti dibumikan kedua-duanya.Disebabkan kesukaran untuk memasang dan konfigurasi ia jarang digunakan dan hanya di Eropah sahaja lebih digunakan.

Rajah Di dalam Shielded Twisted Pair
Ciri-ciri kabel STP:
- Kelajuan dan keluaran —10 – 100 Mbps
- Purata harga satu node — Mahal
- Saiz media dan sambungan—Sederhana – Besar
- Panjang maksimum —100 m (paling pendek)
Untuk post akan datang saya akan kongsi maklumat mengenai Unshielded Twisted Pair (UTP).Jika ada sebarang komen dan cadangan sila kemukan melalui komen.Kita berkongsi bersama.Selamat membaca.


Comments