windows 8 baruSalam sejahtera pembaca budiman,

Artikel kali ini untuk review sedikit mengenai versi baru sistem operasi keluaran Windows. Selepas hampir 3 tahun Windows 7 berada di pasaran, Microsoft kini dalam pembangunan untuk muncul dengan sistem operasi baru iaitu Windows 8. Mengikut bacaan, ia bakal dilancarkan pada Oktober 2012.

Versi baru ini tentulah mempunyai lebih fungs, lebih cantik dan mesra pengguna. Lebih menarik Windows 8 boleh juga digunakan pada tablet PC dan telefon selain desktop, laptop dan notebook.

Ciri-ciri menarik lain antaranya:

1. Start Menu yang ditukar menjadi Start Skrin. Rujuk gambar di bawah.

windows 8 baru

2. Skrin penuh pada monitor dan menggunakan skrin sesentuh. Namun,boleh juga menggunakan keyboard dan mouse jika perlu.

3. Dilengkapi dengan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Boleh taip dan hantar mesej melalui komputer.

4. Versi baru Windows 8 juga dilengkap dengan virtual keyboard. Dimaklumkan juga, keyboard mempunyai emotical dan bunyi yang sama dengan Windows Phone.

Windows 8 masih dalam pembangunan. Adakah ianya bakal dilancarkan untuk menandingi Ipad oleh Apple? Sama-sama kita tunggu.