Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik. Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak menulis sebarang artikel di blog ini. Sebab utama adalah talian internet di tempat saya tidak dapat digunakan. Saya menggunakan talian internet Streamyx dan pada hari Khamis lepas talian internet terputus akibat blackout :

Begini ceritanya…

Pada hari Khamis lepas (20 Mac 2008) pukul 4.30 petang, saya tengah syok layan internet. Tengok jualan eBook dan tiba-tiba black out. Arghhhhh…satu rumah bunyi macam tu :) Bila keluar sahaja dari rumah keadaan gulap gulita (P.Ramlee punya style) dan semua rumah-rumah di kawasan kami gelap.

Kemudian, selang beberapa jam keadaan kembali pulih. Hanya elektrik yang pulih tetapi malangnya talian internet Streamyx tidak dapat digunakan. Down. Bertambah-tambah tension ahli rumah kerana tiada internet kerana sudah jadi seperti air yang kena minum dan guna hari-hari :)

bored_anjung.jpg

Tanpa internet, saya tidak dapat menjalankan perniagaan internet saya. Hanya menggunakan Cyber Cafe untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Itu pun ada masa tertentu sahaja sebab Cyber Cafe tidak berjalan 24 jam. Susah kan tiada internet?

Sabar…sabar…sabar…

Jadi kami buat keputusan untuk configure kembali router. Periksa router sama ada rosak atau tidak. Macam-macam ikhtiar sudah dilakukan tetapi tidak berjaya. Router tidak rosak tetapi talian Streamyx di tempat kami yang ada masalah. Setelah penat menelefon Streamyx, akhirnya talian kembali pulih pada hari ini pada pukul 4.30 petang tadi.

Alhamdulillah. Selama hampir 5 hari ‘berpuasa’ daripada internet akhirnya dapat juga saya guna kembali perkhidmatan internet ini. Terima kasih kepada pihak Streamyx yang bertungkus-lumus memulihkan kembali keadaan.

Pengajaranya, sentiasa mempunyai tanggapan baik dan persediaan mengenai keadaan yang tidak dijangka. Perancangan penting untuk memudahkan lagi kelancaran perniagaan internet. Jangan terlalu mengharap akan sesuatu tetapi bersedia untuk sesuatu.

Salam muhibbah

Artikel komputer menarik: