Salam sejahtera,
Kita selalu mengeluh kalau kita gagal.Betul kan?Dalam penggunaan komputer macam-macam benda kita pernah gagal.Bagi saya benda selalu sanagat saya gagal ialah programming.Memang terus terang saya cakap tak pandai sangat.Bukan tak tahu langsung.
Bila kita gagal,kadang-kadang kita sudah tidak mahu lagi mencuba.Biarlah.Ada sesetengah orang cakap “aku dah tak tau nak buat camna lagi,malas la nak buat lagi”.Tapi sebenarnya disebalik kegagalan itu ada hikmah yang terselindung.
Semua orang pernah gagal dan banyak orang yang gagal akan berjaya jika:
- Belajar dari kegagalan.Cari punca sebenar kegagalan tersebut dan baikinya sedikit demi sedikit.
- Bertanya dengan yang lebih pakar akan masalah tersebut.Kadang-kadang kita memang tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut tapi orang lain boleh.Jadi,jumpa dengan pakar dan otai-otai ini.
- Bijak merancang sesuatu tugasan sebelum memulakannya,Maksud saya ada matlamat.Jika tidak tahu programming belajar la dari mula.
Berani kerana benar,takut kerana salah
Mohd ZainiĀ


Comments