Salam sejahtera pembaca budiman,
Sudah balik cuti Raya Korban? Ada yang beraya di kampung macam saya, ada juga yang kena ‘korban’. Apa pun, harapan saya moga semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah, dapat cuti 4 hari. Puas bercuti dan beriadah.
Artikel kali ini sebenarnya tajuk peraduan saya yang lepas. Saya buat peraduan sebab sudah lama saya guna komputer dan banyak benda sudah saya buat dengannya. Suka, duka, pahit maung ditempuh. Ohh!
Baiklah, saya kongsikan 10 sebab saya suka komputer saya:
1. Komputer ini sumber rezeki pada saya. Saya buat ebook Panduan Format Komputer dengan komputer. Walaupun usianya sudah lanjut usia tetapi baktinya tak pernah mengecewakan.
2. Belajar ilmu komputer. Saya anggap diri saya masih dalam proses belajar. Tidak semua mengenai komputer saya tahu. Jadi, dengan adanya internet, segalanya mungkin untuk saya menambah ilmu komputer.
3. Belajar ilmu perniagaan internet. Banyak blog-blog guru perniagaan internet saya terokai. Contohnya blog SmartUsaha dan Blog Shuth. Banyak tu tidaklah tetapi tahu juga sikit-sikit.
4. Menghantar dan membalas email juga guna komputer ini. Saya gunakan satu akaun Gmail yang dimasukkan semua email di dalamnya. Semuanya dalam satu email sahaja. Menariknya, dengan mudah saya dapat kategorikan jenis email antara peribadi dan bukan.
5. Apa lagi saya suka mengenai komputer saya? Menonton cerita. Selepas muat turun atau salin daripada rakan, komputer saya akan jadi tempat menonton, tetapi cuma seorang sahaja dalam satu masa boleh tengok sebab hanya ada satu kerusi.
Apa lagi saya suka agaknya? Nantikan sambungannya…
p/s: Tahniah pada Acop & Wawa, selamat pengantin baru!


Comments