Salam sejahtera pembaca budiman,
Apa khabar pembaca sekalian? Harapan saya moga sihat sejahtera dan dilimpahkan rezeki dan rahmat dari Allah S.W.T hendaknya. Amin.
Ramai dari kita tahu dan percaya dengan internet begitu mudah untuk mendapatkan wang. Tanpa sebarang pengetahuan mengenai Internet pun, seseorang itu mampu menghasilkan duit dalam jangka masa yang pendek. Ditambah pula dengan pelbagai iklan yang begitu ‘mengasyikkan’ mata memandang.
Sesetengah dari kita cuma berkata, setup blog dan pasang iklan dan siap. Kemudian bila ada orang klik iklan tersebut anda akan dapat duit. Maka berduyun-duyun orang mula mempunyai blog untuk satu tujuan iaitu DUIT.
Tetapi sebenarnya, kita silap! Kenapa?
Bukan semudah itu untuk mendapatkan duit. Bunyi memang menarik dan terbukti memang benar ramai usahawan yang berorentasikan internet berjaya mengaut keuntungan berlipat kali ganda tetapi cuba tanya mereka yang telah berjaya. Adakah cuma buat sedikit perkara dan tunggu sahaja orang klik iklan atau barang yang dipromosikan? Tidak sama sekali.
Usaha…usaha…usaha…
Tiada siapa tahu kewujudan blog anda jika anda tidak memberitahu dan memperkenalkan blog anda kecuali anda memang terkenal seperti blog para menteri dan artis. Cuma post sahaja artikel dan lihat traffik yang mencurah-curah datang. Kita insan biasa sahaja.
Pembaca blog kini sudah faham dan bijka memilih blog yang mana satu berkualiti untuk dibaca dan tidak. Blog yang penuh dengan iklan yang pelbagai dan merapu kurang sesuai wujud. Tujuan utama blog adalah untuk maklumat kerana pengguna internet mencari maklumat saban hari.
Perkara pertama yang perlu diteliti adalah NIAT. Tanpa niat yang betul dan mengharapakan duit semata-mata agak susah sedikit. Ilmu berkaitan teknikal pun penting dan paling penting jangan putus asa. Teruskanniat yang baik untuk kesenangan bersama.
Hanya secebis pendapat…
Dapatkan Demo Version Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer secara PERCUMA sekarang! Layari www.anjungpc.com
Bacaan tambahan:


Comments