Salam sejahtera pembaca budiman,
Selamat Tahun Baru 2008.Semoga apa yang dihajati dan perancangan dibuat akan dapat dilaksanakan pada tahun ini.Buat semua bloggers especially di Malaysia selamat maju jaya.Buat usahawan internet,tingkatkan kualiti produk atau servis anda untuk kepuasan pelanggan dan dalam masa yang sama mendapat hasil yang menguntungkan.

Sebenarnya tajuk kali ini merupakan rencana yang saya nak kongsikan bersama.Ini cuma pengetahuan yang dapat dikumpul dari pengalaman saya insan biasa dalam dunia komputer.Perlu ke pengetahuan komputer ni?Perlu ke guna komputer?.Tepuk dada tanya diri sendiri.
Tahap pengetahuan komputer kita berbeza mengikut pengalaman iaitu berapa lama kita berkecimpung dalam pernggunaan komputer.Kalau selalu kita guna,maka semakin pandailah kita,semakin berpengetahuan dalam komputer.Contohnya kerani di sekolah,antara tugas utamanya adalah menaip surat.Hari-hari kena taip bermacam-macam jenis surat menggunakan komputer dulu mesin taip jer .Dari sehari ke sehari tahap kelajuan menaip makin menigkat dan kemahiran menggunakan komputer terutamnya Microsoft Word makin bertambah.Jadi pengalaman lebih berharga dalam menentukan kepakaran terutamanya dalam bidang komputer.
Jadi sekarang kita tanya pada diri sendiri.Perlu ke aku belajar komputer?Jawapannnya amat-amat la perlu.Sebab utamanya adalah keperluan semasa dalam dunia sekarang.Apa sahaja tugasan dalam hidup kita mesti ada bersangkutan dengan komputer.Sekurang-kurangnya kita tahu menaip surat pun dah dikira ok dah.Tahu hantar email dan chatting pun dah kira bagus.Tak perlu la sampai tahap menghacking komputer lain.Tu dah tahap advanced dah
.
Fokus utama saya dalam penulisan ini adalah untuk tatapan pelajar.Walaupun kita tak mempunyai komputer sendiri untuk belajar,jangan sama sekali jadikan alasan tidak mahu belajar komputer.Kemudahan di sekolah,pusat pengajian,kolej,institusi pendidikan dah bercambah sekarang.Peluang sudah ada,hanya tunggu kita sahaja menggunakannya.Satu hari anda pasti rugi dan menyesal jika tidah tahu menggunakan komputer.
Ilmu itu tiada batasan.Asalkan berfaedah dan bermanfaat.Nak suruh saya ajar komputer pun boleh tapi nak saya ajarkan apa dulu?.hihi.![]()
Selamat belajar.


Comments