Salam sejahtera pembaca budiman,

Masyarakat Malaysia hari ini sudah mengakui kehebatan penggunaan internet sebagai medan pemasaran.Banyak syarikat tempatan mengiklankan produk atau servis mereka di internet.Ada yang sudah memiliki laman web sendiri untuk tujuan ini.Tidak kurang juga orang perseorangan yang menjalankan perniagaan internet sebagai sumber rezeki utama.

Tapi kita sebagai manusia harus bijak memilih dan jangan sama sekali terjebak dengan perniagaan internet yang tidak sah.Antaranya menyertai skim cepat kaya,4D (Duduk Diam Dapat Duit),pelaburan haram dan sebagainya.

Semua ini bukan perniagaan internet tetapi pelaburan internet.Ada bezanya.Kita perlu ingat perniagaan internet sama juga risiko dan cabaran seperti perniagaan dunia nyata cuma medium pemasaran dan penjualannya sedikit berbeza.

Antara perniagaan internet yang popular adalah menjual eBook,menjual ruang iklan,servis laman web dan khidmat nasihat.

Kenapa memasarkan di internet?

  1. 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun.Maksud saya di sini adalah medium untuk memasarkan produk dan servise sentiasa ada.Tidak seperti kedai bisaa yang hanya beropersai jam 7 pagi – 8 malam.Di internet operasinya adalah tanpa had waktu dan masa.Lain la kalau macam 7-Eleven memang 24 jam laicon_smile.gif
  2. Tidak memerlukan ruang perniagaan yang banyak.Tidak seperti kedai biasa memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan stok anda.Cuma perlukan hosting iatu tempat menyimpan data dan juga nama domain misalnya www.anjungpc.com
  3. Pelanggan yang global.Ini merupakan sebab utama perniagaan internet berjaya dan mengapa pemasaran internet digunakan.Pelanggan yang akan membeli produk anda adalah datangnya dari seluruh dunia!Bayangkan keuntungan yang bakal anda perolehi.

Kesimpulannnya,apa pun jenis perniagaan internet yang anda dilakukan,pemasaran ataupun promosi adalah faktor utama yang anda utamakan.Tiada gunanya anda menghasilkan produk tanpa sebarang jualan.Fikirkanlah bersama…