Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Apa khabar pembaca sekalian,moga sihat-sihat semuanya.Alhamdulillah berpeluang lagi saya nak menulis dalam blog Anjung PC ni.Dah banyak hari bercuti tak menulis.

Ceritanya begini…

Semalam saya ingin membeli surat khabar Harian Metro di kedai bersama kawan saya,tapi ditegur.Dia cakap

“Buat pe ko beli,kan kat umah boleh baca online..bazir je la”

anjungpc_sav_elec.jpg

Terkedu jugak dengan ayat tu.Betul la cakap dia,semua surat khabar boleh didapati dan dibaca secara online.Tidak perlu ke kedai dan habiskan duit beli surat khabar.Lebih mudah dan pantas.

Sebenarnya baca secara online pun memerlukan duit sebab kita bayar perkhidmatan internet dirumah.Ada orang yang guna Streamyx,Broadband dan dial-up.Semuanya dapat mengakses internet.Cuma pantas atau tidak bergantung kepada kelajuan perkhidmatan yang digunakan.

Kesimpulannya di sini,sebenarnya perkhidmatan internet (online access) telah membuka minda masyarakat kita khususnya di Malaysia betapa mudahnya untuk mendapatkan maklumat terkini.Jika tidak sempat ke kedai,sumber internet boleh dijadikan panduan.Malah lebih banyak berbanding sumber fizikal di luar.

Walaubagaimanapun,dalam setiap perkara pastinya ada pro dan kontranya.Kita ambil contoh surat khabar,pronya dalam keadaan hujan,tidak dapat ke kedai nak beli surat khabar,jadi boleh guna internet untuk membaca.Kontranya pula waktu elektrik terputus,internet pun tak boleh akses,kena jugak ke kedai :)

Bak kata Adibah Nor “Nak Jimat?…Memang bolehhhh…”

Artikel komputer menarik:

Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini