Salam hormat pembaca budiman,

Kalau anda semua lihat tajuk di atas anda mungkin sudah dapat mengagak apa yang cuba saya nak sampaikan.Masalah sosial di intenet.Sebenarnya bukan dalam dunia nyata saja ada masalah sosial tapi lebih hebat lagi ianya juga berlaku di dalam internet.Banyak sudah kita lihat dan banyak kesan negatif berlaku dari maslah sosial ni.Nak salahkan siapa?Yang penting bukan salah ibu mengandung icon_smile.gif.

Sebelum saya mula berkongsi pandangan,saya nak huraikan dulu apa yang dimaksudkan dengan masalah sosial ni.Pada hemat saya,masalah sosial ni merupakan gejala yang kurang sihat dari segi perbuatan,sikap dan pemikiran seseorang.Masalah yang bawa banyak keburukan.

Jika dilihat di internet masalah sosial yang sering terjadi adalah:

  1. Penipuan identiti dan perniagaan
  2. Melayari laman web lucah
  3. Menjatuhkan maruah orang lain seperti memaki hamun,mencaci,memfitnah dan mengumpat
  4. Tidak menghormati hak orang lain
  5. Mencuri hak orang lain seperti menjual e-book,lagu dan perisian hak milik orang lain tanpa keizinan
  6. Menceroboh laman web dan merosakan data
  7. Exploitasi nama dan kepentingan orang lain untuk kepentingan diri

Sebenarnya ada banyak lagi masalah yang dihadapi dalam internet.Saya cuma senaraikan apa yang saya dapat cari dan pernah jumpa.Mungkin saudara pembaca ada lebih lagi untuk dikongsi.Masalah ini bukan berlaku pada remaja sahaja tapi pada semua golongan yang menggunakan internet.Golongan yang ego,tidak bertanggungjawab,pentingkan diri dan berkepentingan untuk mencapai matlamat yang bertentangan dengan agama dan budaya.

Jadi,anda sebagai pengguna intenet berhati-hati dalam apa jua urusan di internet terutamanya yang berkaitan dengan wang ringgit.Dengan wang manusia sanggup menipu demi kepentingan diri.

Selamat membaca

starline