Salam sejahtera pembaca setia blog Anjung PC,

Apa habaq arini?Sihat la hendaknya.Post kali ini saya nak bincang pasal kepentingan berforum di internet.Semua orang dah tahu kan forum ni satu tempat penting untuk berhubung antara satu sama lain.Banyak faedahnya kita dapat.Banyak maklumat.Win-win situation.Kita bantu orang dan orang bantu kita.

Apa faedahnya:

  1. Dapat bincang masalah kita dan ahli lain.Dapat cari jalan penyelesaian dengan pantas tak perlu tunggu lama sebab ahli forum yang banyak dapat membantu.
  2. Dapat mempromosi produk,perkhidmatan dan laman web di forum.Tapi kena beretika,jangan SPAM pulak.Nanti tak pasal-pasal kena ban dengan administrator/moderator forum.
  3. Bertukar idea dan pendapat.Kita boleh guna idea ahli forum untuk selesaikan masalah.Dapat ilmu baru,misalnya mengenai komputer.Kita boleh tambah lagi pengetahuan sedia ada.
  4. Berkenalan dengan ahli forum.Manalah tahu jumpa member-member lama sekolah dulu,kan beruntung tu.
  5. Membantu ahli forum yang memerlukan bantuan dan pendapat.Inilah saya rasa tujuan utama forum diwujudkan.

Contoh forum-forum:

  1. Wang Cyber (perniagaan internet)
  2. Web KL (komuniti)
  3. Web Portal (komuniti )
  4. Jiwang.Org (komuniti)

Jadi join la mana-mana forum yang anda minat.Senarai di atas tu cuma sebahagian sahaja.Jadilah ahli forum yang beretika dan berguna.Selamat berforum.