Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera pembaca budiman,

Tajuk di atas bunyi macam kempen oleh kerajaan mengenai kempen celik IT.Ia cuma satu tajuk dan kita semua sedia maklum maksud kempen celik komputer ini.Satu-satu kempen dijalankan cuma untuk satu matlamat iaitu mencapai objektif.Objektif atau tujuan utama kempen celik komputer untuk menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat mengenai komputer dan dunia internet.

Blog Anjung PC ini contohnya,berkongsi ilmu mengenai komputer kepada semua pembaca.Komunikasi dua hala.Konsepnya mudah sahaja,iaitu perbincangan mengenai sesuatu topik.Apa yang kurang kita sama-sama tambah.Saya yakin dan percaya ramai pengguna internet kini mahir komputer dan internet.Jadi apa salahnya ilmu yang ada kita kongsi bersama.

Penting sangat ke ilmu komputer ini?

Jawapannya semua orang tahu.Teramat la penting terutamanya bagi pelajar dan golongan yang bekerja.Kini,syukur alhamdulillah,setiap sekolah rendah dan menengah sudah mempunyai makmal komputer sendiri dan kemudahan pembelajaran komputer tidak lagi terhad dan terbatas.Kalau dulu pelajar kena keluar (bagi pedalaman) ke pusat internet yang jauh untuk mendapatkan kemudahan komputer tapi kini tidak lagi.Segala-galanya telah disediakan.

Sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai komputer seperti cara memasang komponen,menggunakan aplikasi komputer ,email dan internet sudah boleh dipelajari dan diamalkan.Tidak la terkebil-kebil bila dalam kesusahan :)

Kemudahan sudah ada,kini sikap sahaja menjadi penghalang.Jika hendak berjaya kena usaha dan belajar.Hendak seribu daya,tak hendak tak payah la belajar.Jangan menyesal dikemudian hari akibat tindakan kita di masa sekarang.

“Hentian Ini”

Mohd Zaini

Artikel komputer menarik: