Salam sejahtera pembaca budiman,

Dalam agama,bangsa dan negara kita dituntut untuk mencari ilmu.Maksud saya ilmu yang berguna.Jika anda minat mengenai komputer macam saya ni,carilah ilmu mengenai komputer.Tuntut ilmu dengan orang yang pakar dalam komputer seperti intitusi ilmuan atau orang perseorangan.Walaupun penat tapi anda sama sekali tidak akan rugi malah berlipat kali ganda untungnya.

Jika anda ada ilmu pula,jangan la kedekut sangat nak kongsi ilmu tersebut dengan orang.Bantu mereka yang memerlukan.kembangkan ilmu anda.Orang kata jika anda ada ilmu dan ajarkan kepada orang lain,ilmu tersebut akan berkembang dan kita sentiasa dapat pahala.

Sudah terbukti di dunia ini kalau kita ada ilmu dalam sesuatu bidang,hidup kita InsyaAllah pasti akan senang.Dengan ilmu kita boleh bina kekayaan.Dengan ilmu kita boleh hidup dengan sempurna.Dengan ilmu kita akan mendapat pahala.Dengan ilmu kita akan dapat kawan.Dengan ilmu kita akan dapat segalanya.

Sebenarnya,apa yang saya cuba sampaikan adalah kepentingan menuntut ilmu.Tidak kira la apa jenis ilmu pun janji ianya bermanfaat dan baik.Kalau sesipa tanya saya sama ada nak bekerja atau belajar?Saya akan jawab dua-dua sama baik.Bekerja pun satu cara menuntut ilmu dan hasilnya adalah pengalaman.Belajar pula memang satu cara mencari ilmu.

Semakin banyak kita menuntu ilmu,semakin bijak dan pakar kita dalam sesuatu bidang.Melalui kepakaran itu kita boleh manfaatkan kehidupan seharian mencari rezeki dan nafkah.Membina empayar kekayaan kita sendiri.

Jadi,apa kepakaran anda setakat ini?

Mohd ZainiĀ 

Orang yang tiada ilmu pasti akan hanyut.