Salam sejahtera semua,

Hari ini post blog lambat sikit sebab dari pagi sampai petang ada kursus CCNA (Cisco Certified Network Associates),kalau budak-budak komputer tahu la kut benda pa CCNA tu.Budak tak komputer pun rasa-rasanya tahu.Penat memang penat tapi seronok sebab daftar percuma.Semua percuma dan siap dapat buku CCNA harga RM 200 percuma beb.Sapa tak nak.icon_smile.gif

Baiklah,post kali ni saya nak cerita tentang di sebalikkegunaan komputer.Macam kita semua sedia maklum kebanyakkan orang guna komputer untuk menaip surat,main internet,main game,beli barang online macam buku,ebook,handphone dan barangan komputer.Tapi sebenarnya dalam masa yang sama komputer juga boleh menjadi satu medium untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

Semasa kita menggunakan komputer dalam masa yang sama kita juga mendapat pahala melalui aplikasi komputer.Bagaimana?.Senang saja.Dalam Islam sebarang perkara yang mendatangkan faedah dan baik akan mendapat pahala macam kita tolong orang,derma-menderma dan baik hati dengan orang.Di bawah ini saya senaraikan bagaimana komputer juga boleh membantu kita mendapat pahala,Antaranya:

  1. Mendengar bacaan Al-Quran dari Winamp.Disamping kita denagr kita juga boleh menghayati bacaan Al-Quran tersebut.Sambil dengar sambil baca dan sambil dapat pahala.Bagus kan?
  2. Membantu seseorang menyelesaikan masalah seperti dalam forum.Niat kena betul,jangan bantu sebab nak dapatkan balasan atau pujian dari ahli forium yang lain.“Jangan baik ada makna” icon_smile.gif
  3. Mengggunakan perisian seperti azan automatik.Apabila masuk waktu azan akan berkumandang dan kita tahu telah sampai masa untuk kita sembahyang.Komputer memberi kita ‘alert‘ untuk tidak melengah-lengahkan solat.
  4. Ada iklan atau paparan seperti waktu solat di website kita atau blog kegemaran kita.Kita boleh mengetahui waktu solat dan membahagi dan tahu masa antara kerja dan waktu sembahyang.Anda boleh mendapatkan code untuk waktu solat di e-solat.gov.my
  5. Menuntut ilmu yang bermanfaat.Seperti hadis Nabi Muhammad S.A.W berbunyi “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China”.Dalam internet ni ada macam-macam ilmu yang boleh kita dapat.Taip sahaja kat enjin carian seperti Google dan Yahoo pasti jumpa.Ada ilmu perniagaan,agama,kesihatan,pendidiakan dan macam-macam la.Macam-macam ada icon_smile.gif.

Sebenarnya dalam kita tak sedar kita dah mendapat pahala dari kerja yang dilakukan di internet.Sambil berniaga,berchating dan main game boleh jugak tambah pahala.Ingatlah mati tu adalah pasti jadi “Sediakan Pelampung Sebelum Tenggelam”.Jadi amal-amalakan selalu.Salam uhkwah untuk semua.Semoga berjaya dalam apa jua bidang di ceburi.

“Tepuk dada tanya iman jangan tanya Aiman sebab Aiman memang tak kisah” icon_smile.gif