Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan  subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Post kali ini adalah sambungan dari Baik Buruk Pengaruh Internet: Bahagian 1.

Jika pada artikel yang lepas saya ada menyentuh mengenai kebaikan dari segi isu semasa, politik dan sosial, pada kali ini saya akan bercerita mengenai dunia pekerjaan. Apa kebaikan internet kepada kita dalam dunia pekerjaan?

Dunia pekerjaan

Kemelesetan ekonomi menyebabkan syarikat hard disk komputer kedua terbesar di dunia, Western Digital menutup operasinya di Kuching, Sarawak. Begitu juga Panasonic juga dikatakan telah mula membuang pekerjanya. Apabila seseorang itu dibuang kerja, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk mencari kembali kerja. Tidak kira apa sahaja jenis kerja untuk menyara hidup. Berbekalkan pengalaman yang sedia ada, insyALLAH pasti akan berjaya.

job.jpg

Internet adalah altenatif utama untuk mencari pekerjaan baru selain surat khabar dan televisyen. Banyak laman web yang memfokuskan pekerjaan wujud di internet. Pengguna hanya perlu mengisi butiran peribadi dan kelulusan seperti pengalaman dan sebagainya. Laman-laman ini berfungsi sebagai orang tengah antara bakal pekerja dan juga majikan. Setiap hari ada kerja yang ditawarkan. Antaranya JobStreet, JenJobs dan JobMarket. Klik di sini untuk senarai penuh laman web.

Pihak kerajaan juga menyediakan ruang untuk pencari kerja dari setiap lapisan kelayakan. Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk memohon pekerjaan. Paling menarik tempoh untuk mengisi borang adalah sepanjang masa. Rebut peluang sedia ada.  Tidak rugi isi dahulu, manalah tahu rezeki anda :)

Baru sebentar tadi saya menemani rakan membeli no pin untuk DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Harganya RM 20.60 dan boleh didapati di Bank Simpanan Nasional. Borang perlu diisi secara online.

Kenapa online?

Jawapannya mudah, cepat dan teratur. Mudah kerana maklumat yang perlu diisi oleh seseorang pencari kerja hanyalah perlu menaip papan kekunci komputer dan menggerakkan tetikus komputer. Cepat kerana maklumat yang telah diisi dihantar dengan segera. Begitu juga apabila dimaklumkan mengenai status permohonan juga cepat berbanding surat biasa menggunakan pos. Status boleh dilihat dari laman web atau dihantar melalui e-mail.

Teratur pula, sistem yang digunakan untuk menerima dan memaklumkan kepada pencari kerja adalah sistematik dan kemas. Jadi secara amnya, gunalah kemudahan yang sedia ada untuk kesenangan bersama. Gunakan internet untuk kebaikan bukan sebaliknya.

bersambung lagi…

Mohd Zaini Ismail

Bacaan tambahan: