celcom 3G kampungIni kisah 5 tahun dahulu di sebuah kampung…

Talian internet di kampung mungkin satu perkara asing dan mustahil. Tiada orang bersungut kerana ianya benda yang tiada. Cukup sekadar kemudahan asas.

Salah satu kemudahan paling canggih adalah televisyen dan radio. Astro? mana ada. Hendak dikatakan internet, talian telefon bimbit pun satu atau dua bar sahaja. Bukan ketinggalan tetapi belum sampai.

Ini pula yang sedang dinikmati sekarang…

Internet sudah jadi bualan harian penduduk kampung. Sana sini internet. Perkataan biasa didengar sekarang,

“Laptop aku tak boleh main games

“Add la aku Facebook hang

“Pinjam external hard disk sat

Budak-budak kampung sudah ada akaun Facebook sendiri. Dulu mungkin terkejut tetapi sekarang sudah jadi perkara biasa. Paling membanggakan (kerana aku anak kampung sejati), talian internetnya amat baik. Tidak keterlaluan jika ianya lebih baik dari rumah sewa di Kuala Lumpur. Capaian internetnya meluas seluas sawah bendang sebelah rumah aku.

Celcom 3G Broadband

Itu yang biasa digunakan di kampung. Tidak kira siang atau malam, taliannya masih dianggap memuaskan. Tengok YouTube tidak perlu tunggu. Streaming yang memang pantas. 3G Celcom Broadband memang puas hati. Purata akses internet dicapai adalah mode HSDPA (High-Speed Downlink Packet Data). Bayangkanlah betapa lajunya internet.

pakej celcom broadbandPakej-pakej Celcom Broadband yang berpatutan di pasaran

Manfaat pada orang kampung

Artikel ini bukan untuk mempromosi Celcom 3G Broadband tetapi sebagai tanda kesyukuran pada Allah atas nikmat internet kepada kami warga kampung. Dulu kita cuma disuap dengan berita arus perdana. Hanya ada radio dan televisyen. Surat khabar pun jarang baca. Untuk kenal dunia luar dengan lebih luas amat-amatlah terhad.

Kini, semuanya mudah. Surat khabar pun boleh baca dalam talian. Bukan surat khabar Malaysia sahaja, malah akhbar California pun dapat diakses. Teknologi 3G Broadband mudah alih ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada warga kampung dan pedalaman terutamanya dalam bidang pendidikan dan teknologi. Syukur sangat-sangat.

Tetapi, dek kerana terlalu berteknologi dengan dunia tanpa batasan, semuanya dihidangkan serentak kepada kita. Baik, buruk, orang alim, orang buat-buat alim semuanya ada dalam satu teknologi iaitu…

Internet.