hard disk western digitalSalam sejahtera pembaca budiman,

Kisah banjir di Thailand semakin dilupakan. Kerugian dan korban mangsa banjir juga sudah semakin reda. Industri perkilangan kini kembali berjalan semula.

Antaranya, Western Digital yang kembali menyambung operasi pengeluaran hard drive untuk keperluan penduduk bumi. Menariknya, operasi Western Digital bermula seminggu lebih awal daripada perancangan.

“Kerja masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi kita tidak boleh bergembira dengan usaha dan hasil setakat ini sahaja, termasuk sokongan yang besar dari rakan pembekal dan pelanggan-pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Western Digital, John Coyne.

“Kesungguhan, ketabahan, kebijaksanaan dan pelaksanaan yang dipamerkan oleh pasukan Western Digital adalah luar biasa dan membolehkan kita untuk membuat kemajuan besar untuk memulihkan operasi kami di Thailand.”

Walaupun begitu, peningkatan harga hard disk mungkin tetap akan berlaku di seluruh dunia. Masa yang lama diperlukan untuk memulihkan sepenuhnya pengeluaran hard disk.

Bukan sehari dua. Untuk membuang air yang bertakung sedalam 2 kaki memerlukan masa 10 hari. Perlu kering sepenuhnya sebelum dapat menjalankan operasi kilang.

Kerugian akibat banjir besar di Thailand oleh Western Digital dianggarkan bernilai RM157 juta. Nilai kerugian sama dengan kes curi pasir di Malaysia. Begitu juga sama nilainya peruntukan kerajaan Malaysia untuk membina masjid, surau dan sekolah agama di Kuala Lumpur.

Selain Western Digital, turut sama terjejas pada banjir besar tempoh hari adalah Seagate dan Toshiba. Dell dan HP menjangkakan harga hard disk akan naik pada awal tahun depan. Jika harga hard disk naik, maka harga komputer dan laptop juga akan naik.

p/s: Kilang Western Digital di Sungei Way masih selamat daripada banjir. Syukur.

Sumber: Techspot