Salam sejahtera,

Post kali ini adalah sambungan kepada Dlink: Wireless Pantas Untuk Komputer Rumah. Saya sudah janji, jadi saya akan tepati janji. Seronok dapat berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini dengan para pembaca. Mungkin ia satu ilmu baru untuk anda dan mungkin anda lebih tahu daripada saya. Semuanya akan dapat faedah. Situasi menang-menang.

Jadi, apa model PCI adapter wireless kedua yang saya gunakan?

Pernah dengar TP-Link. Saya yakin ada yang pernah dengar dan ada juga tidak. Ada yang pernah lihat dan ada yang pernah guna. TP-Link adalah jenama barangan rangkaian komputer yang popular di dunia. Mempunyai model perniagaan yang hampir sama dengan D-link. Ada produk router, modem, adapter dan sebagainya.

Model wireless saya guna adalah TP-LINK TL-WN951N. 

wireless adapater tplink

Rupa bentuknya hampir sama sebab fungsi dan cara pemasangannya serupa dengan D-Link sebelum ini. Apa yang menarik, harganya lebih murah iaitu sekitar RM80 sahaja semasa saya membelinya.

Juga mempunyai 3 antena yang berfungsi untuk menerima isyarat daripada akses point berhampiran.

Spesifikasi tambahan:

  • Mengunakan teknologi MIMO dengan kekuatan penembusan isyarat yang lebih kukuh, liputan tanpa wayar yang lebih luas, menyediakan prestasi yang lebih baik dan kestabilan
  • Mudah dipasang melalui link keselamatan wireless (Highly Secured Wireless) dengan WPS ™ (Wi-Fi ProtectedSetup)
p/s: Anda rasa yang mana satu lebih baik? Cuba dahulu baru tahu.