Selamat pagi semua,
Apa khabar hari ini? Untuk yang bekerja teruskan bekerja. Saya pagi ni kena sambung balik kursus CCNA kat fakulti. Hari ini belajar routing pulak. Hari ini jugak pendaftaran kursus online bermula. Semua student sibuk nak mendaftar,termasuk la saya.
Baiklah, pagi ni saya nak berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai monitor komputer. Kepada sesiapa yang tengah baca post ni mesti akan gunakan monitor. Tak kira la berapa besar pun saiz, model mahupun jenis, mesti kena guna monitor. Siapa yang tak guna monitor waktu baca post ni? Angkat tangan,saya nak kira
.
Monitor ni dalam bahasa mudahnya adalah satu objek/hardware elektrik yang akan memaparkan gambar yang telah dihasilkan oleh sistem komputer. Secara umumnya monitor ibarat skrin yang tugas utama memaparkan segala jenis gambar dan grafik. Bila kita on saja komputer, semua program, gambar dan fail kita kan lihat pada monitor komputer.
Antara jenis monitor komputer adalah:
1. LCD (Liquid Crystal Display)

Sony 23-Inci LCD Skrin Lebar
Nipis, paparan skrin rata yang dilengkapi dengan banyak warna atau monocrhrome pixel. Menggunakan tenaga elektrik yang amat sedikit.
Lebih jimat. Ringan dan mudah di bawa. Kalau letak dalam kotak untuk dialihkan atau dipindah nampak macam bawa pizza ![]()
2. CRT (Cathode Ray Tube)

17 inci DELL CRT Monitor
Tebal dan mempunyai electron gun di dalamnya. Imej yang terhasil adalah dari gelombang electrik (osiloskop.).
Saiznya lebih besar dan bentuk seperti televisyen di rumah kita. Bila dah besar tentunya CRT ni jadi berat.
Antara model terkenal yang mengeluarkan monitor komputer adalah: Samsung, LG, DELL, BenQ, Hewlett-Packard, Sony, ViewSonic, CTX, Envision dan Gvision.
Baiklah, cukup la setakat ini dahulu. Untuk tulissan akan datang saya akan huraikan mengenai bagaimana menentukan kualiti sesebuah monitor komputer. Tunggu tau
.
Selamat membaca dan jika anda maklumat tambahan saya harap anda dapat berkongsi ilmu ini dengan semua. Jumpa lagi.


Comments