cpu_anjungpc.jpgSalam sejahtera,

Artikel kali ini adalah sambungan dari artikel Mengenal CPU : Bahagian 1. Dalam artikel lepas saya ada menceritakan mengenai kegunaan dan fungsi utama dalam CPU. Masih ingat lagi?

Baiklah, untuk artikel kali ini saya akan kongsi mengenai senibina CPU dan bagaimana CPU menjalankan arahan/operasi. Di dalam CPU terdapat beberapa bahagian penting dalam menjalankan operasi CPU iaitu:

  • Unit Kawalan (Control Unit) – berfungsi untuk mendapatkan arahan dari memori utama dan mengklasifikasikan jenis data.
  • Arithmetic Logic Unit – fungis utama adalah melakukan operasi aritmetik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu ia juga melakukan fungsi-fungsi logik seperti AND dan OR dan penukaran operasi-operasi lain.
  • Pendaftar (Registers) – fungsi utama adalah menyimpan data sementara dan kawalan data. Simpanan data sementara adalah seperi RAM.
  • Progran Pengiraan (Program Counter) – mengandungi alamat untuk arahan berikutnya untuk dilaksanakan.
  • Pendaftar Arahan (Instruction Register) – menyimpan arahan yang sedang dilaksanakan
  • Cache – merupakan jumlah memori yang kecil dan amat pantas yang digunakan untuk menyimpan data yang sedang dilaksanakan.

Sebagai contoh, apabila anda pertama kali membuka sesuatu website seperti www.anjungpc.com, loading laman web tersebut akan menjadi sedikit perlahan. Kemudian anda tutup dan bukak kembali laman web www.anjungpc.com, loading page akan menjadi lebih pantas. Ini disebabkan loading page tersebut telah disimpan oleh cache.

Selamat membaca

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe