Salam sejahtera semua,

Artikel kali ini adalah sambungan dari artikel lepas mengenai memori (RAM) komputer. Saya sudah berjanji akan menyambung artikel lepas mengenai SDRAM. Baiklah, saya akan tunaikan janji saya icon_smile.gif, jangan risau ok.

Saya ulang kembali maksud SDRMSDRM bermaksud Synchronous Dynamic Random Access Memory di mana mempunyai litar yang serentak (synchronous) iaitu ia menunggu untuk isyarat jam (clock signal) sebelum bertindak balas terhadap input kawalan.

Senang untuk difahami, SDRAM merupakan teknologi sambungan hasil dari DRAM. Kelajuan untuk SDRAM diukur dalam Mhz.

Antara SDRAM yang telah dicipta adalah :

1. DDR SDRAM

Bermaksud Double Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory (Panjang sungguh namanya icon_smile.gif) atau mudahnya penghantaran data adalah dua kali ganda untuk memberikan lebih bandwidth kepada pengguna. (Apa pulak bandwidth tu? tunggu artikel akan datang icon_smile.gif). SDRAM juga disebut double pumped, dual-pumped, dan double transition.

DDR SDRAM menghantar data dengan menggunakan kaedah peningkatan dan penurunan dalam isyarat jam (rising and falling edges of the clock signal) yang disebut double pump.

ddr_sdram.jpg

DDR SDRAM modul mempunyai 184 pin dan satu notch

Jadual di bawah merupakan jenis cip dan modul bagi DDR SDRAM

Standard name

Memory clock

Cycle time

I/O Bus clock

Data transfers per second

Module name

Peak transfer rate

DDR-200

100 MHz

10 ns

100 MHz

200 Million

PC-1600

1600 MB/s

DDR-266

133 MHz

7.5 ns

133 MHz

266 Million

PC-2100

2133 MB/s

DDR-333

166 MHz

6 ns

166 MHz

333 Million

PC-2700

2667 MB/s

DDR-400

200 MHz

5 ns

200 MHz

400 Million

PC-3200

3200 MB/s

sumber : www.wikipedia.org

Cukuplah setakat itu untuk hari ini. Nantikan sambungannya dan selepas ini saya akan menceritakan tentang DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM. Lebih menarik teknologi dan sistemnya. Jadi,stay tune guys icon_smile.gif.