Sebagai menyahut seruan AMD yang telah mengeluarkan Bulldozer AMD FX-8150 pengeluar merangkap pesaing utama, Intel telah melancarkan model pemprosessan baru iaitu Core i7-2700K.
Model terbaru ini hampir sama dengan i7 2600 cuma ditambah 100MHz pada clock speed. Intel Core i7-2700K mempunyai empat core dan capaian frekuensi antara 3.5GHz sehingga 3.9GHz dengan Turbo Boost.
Juga dilengkapi dengan Hyper-Threading dan 8MB L3 cache. Sama seperti model “K” yang lain, ia mempunyai unlocked clock multiplier untuk membuat overclocking dengan lebih mudah.
Jika mengikut perbandingan, harga pemprosesan Intel Core i7-2700K adalah lebih mahal berbanding Bulldozer AMD FX-8150. Mengikut review dan pendapat kebanyakkan pengguna, teknologi Intel adalah lebih bagus daripada AMD. Mungkin ia sekadar pendapat yang kadang-kala berbeza mengikut keperluan masing-masing.
Pada masa yang sama, harga untuk Core i3-2120, Pentium G630 dan G850 akan lebih murah antara 10 hingga 15%. Ini bertujuan untuk memberi saingan sengit kepada pengeluar pemprosessan khususnya AMD.
Hasilnya, Intel juga mahu membuktikan mereka boleh menjual pada harga yang rendah dan mampu milik.


Comments