Setiap hari ada sahaja inovasi baru dalam dunia komputer. Teknologi yang berkembang setiap saat ini menghasilkan beribu-ribu jenis komponen dan perisian kepada kita. Semakin hari semakin canggih. Salah satu perkakasan penting pada komputer yang telah melalui proses pembaharuan adalah cakera keras (hard disk).
Hard disk hibrid yang lebih berkualiti.
Hibrid adalah gabungan dua benda untuk menghasilkan satu benda baru yang lebih baik. Bagi tumbuh-tumbuhan dan haiwan disebut kacukan. Hard disk hibrid menggabungkan teknologi tradisional (spinning platters) dengan moden (solid-state flash memory).
Ringkasan hard disk hibrid:
- menggunakan non-volatile flash memory (NVRAM) untuk cache data semasa penggunaan biasa.
- 128MB atau lebih dari memori flash berkuasa tinggi yang berada dalam hard disk. Biasanya memori flash ada pada BIOS.
- proses data sangat laju.
- jimat penggunaan kuasa elektrik.
Antara model hibrid di pasaran adalah Seagate Momentus XT dan Samsung Hibrid HDD FlashON. Baca nama saja sudah tahu ia hebat!
Seagate Momentus XT boleh didapati secara percuma di kedai-kedai komputer Malaysia
Ujian Hard Disk Hibrid
Model ujian hard disk adalah Seagate Momentus XT 750GB dengan 8GB memori flash. Ujian dilakukan oleh Laptop Magazine mendapati fail Microsoft Excel dapat dibuka dalam masa 5.8 saat sahaja berbanding 14 saat oleh hard disk 7200 RPM .
Kira-kira 40% lebih laju data diproses berbanding hard disk biasa. Tidak hairanlah, harga Seagate Momentus XT 500GB adalah RM400 tetapi sebenarnya ia lebih berbaloi.
Pasaran hard disk masa kini
Hard disk amat perlu untuk komputer. Tanpa hard disk ibarat badan tanpa perut. Macam mana nak simpan makanan?
Selepas banjir besar melanda Thailand, pasaran hard disk dunia menjadi lebih tenat. Dengan pengeluaran yang kurang dan permintaan yang tinggi, maka harga hard disk akan menjadi lebih mahal.
Dengan satu hard disk hibrid dapat mewakili beberapa buah hard disk biasa. Jadi, walaupun pengeluaran yang sedikit, kita tidak perlu belanja lebih hanya untuk hard disk. Duit boleh disimpan untuk perkara yang lebih penting.
p/s: Hard disk saya asyik bunyi ‘krek…krekk’ sejak kebelakangan ini. Sudah terbayang Momentus XT




Comments