Salam sejahtera semua, maaf lambat update sikit, fokus pada exam Software Engineering semalam. Nasib baik boleh jawab (sedapkan diri je ni icon_smile.gif). Minggu depan ada lagi final paper Network Security pulak.Itu lagi la susah. Baiklah. Saya sambung cerita pasal DDRM2 SDRAM pulak.

banner2.gif

DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory. Merupakan evolusi dari DDR SDRAM. Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM.

Melalui isyarat bas dalam sistem komputer, DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate). Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR,jadi ia semakin laju.

Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz. Pemindahan data adalah 64Bits.

Model DDR2 SDRAM PC 5300 512 Mb

ddr2.jpg

Jadual DDR2 SDRAM mengikut standard modul DIMM

DIMM Module Chip Type Clock Speed Data Rate Transfer Rate
PC2-3200 DDR2-400 200 400 3,200
PC2-4200 DDR2-533 266 533 4,266
PC2-5300 DDR2-667 333 667 5,333
PC2-6400 DDR2-800 400 800 6,400
PC2-7400 DDR2-933 466 933 7,460
PC2-8500 DDR2-1066 533 1066 8,530
PC2-9600 DDR2-1200 600 1200 9,600
PC2-10600 DDR2-1333 667 1333 10,660
PC2-11700 DDR2-1466 733 1466 11,730
PC2-12800 DDR2-1600 800 1600 12,800

Setakat ini dahulu dari saya,kalau ada sesiapa yang nak tambah info boleh la beri komen di sini. Sebab info ni terlalu umum. Untuk sambungan seterusnya saya akan ceritakan tentang DDR3 SDRAM pulak. Tunggu.

Selamat membaca.