Salam sejahtera semua,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog komputer AnjungPC. Dari semasa ke semasa saya akan tingkatkan penyampaian tentang komputer kepada anda semua. Saya pun tidaklah pakar sangat cuma minat tu yang mendalam dalam komputer ni. Seperti dijanjikan semaua kali ini saya akan ceritakan pulak mengenai DDR3 SDRAM, bagi sesiapa yang terlepas tajuk RAM ni boleh la membaca post-post sebelum ini di sini
DDR3 SDRAM (Double Data Rate Three Synchronous Dynamic Random Access Memory) ni pula adalah evolusi dari DDR2 SDRAM. Generasi SDRAM jugak (ni dah abang rasanya
). Bermakna ia lebih canggih, tahap penghantaran adalah lebih cekap dan lebih laju. Bila sudah cekap dan lebih laju maka penghantaran data adalah lebih berkesan.
Berbanding dengan DDR2 SDRAM :
- Bandwidth lebih tinggi sebab peningkatan kadar jam (clock rate) – sehingga 1600 MHz
- Voltage lebih rendah dari 1.8V ke 1.5V
- Mewujudkan rekabentuk haba (cooler)
Disebabkan voltage lebih rendah dan suhu lebih sesuai dapat meningkatkan keupayaan memori ke tahap lebih tinggi.
| DIMM Module | Chip Type | Clock Speed | Data Rate | Transfer Rate |
|---|---|---|---|---|
| PC3-6400 | DDR3-800 | 400 | 800 | 6,400 |
| PC3-8500 | DDR3-1066 | 533 | 1066 | 8,530 |
| PC3-10667 | DDR3-1333 | 667 | 1333 | 10,660 |
| PC3-12800 | DDR3-1600 | 800 | 1600 | 12,800 |
| PC3-14900 | DDR3-1866 | 933 | 1866 | 14,930 |
Modul DDR3 SDRAM megikut standard DIMM

Kingston DDR3 SDRAM PC3-8500 1GB
Baiklah, itu sahaja info yang dapat saya sampaikan untuk semua. Selamat membaca dan pahamkan. Dalam dunia komputer ni banyak benda kita tak tahu dan makin hari makin maju, teknologi makin hari makin berkembang dengan wujudnya hardware dan software baru. Selamat membaca dan kalau ada cadangan nak tambah apa-apa boleh komen post ni.
Zaini


Comments