Salam sejahtera,

Sebelum membuang hard disk yang rosak, amat penting memadam semua data di dalamnya. Cara biasa dilakukan adalah dengan format kembali hard disk menjadi kosong. Tetapi cara ini adalah salah kerana data masih lagi tersimpan dalam blok hard disk. Data masih boleh dikembalikan dengan program tertentu.

padam data hard disk“Bukankah selepas format akan hilang semua data?”

Secara teorinya, ya tetapi secara teknikal tidak sama sekali. Data masih ada pada logikal blok-blok hard disk. Oleh sebab itu, dengan perisian recovery kita masih mencari data-data lama yang sudah diformat.

“Ooo… jadi, tunjukkan saya cara yang betul”

Ada dua cara yang biasa dilakukan iaitu:

1. Menggunakan perisian Darik’s Boot and Nuke (DBAN). Ia sejenis perisian sumber terbuka yang boleh dimuat turun percuma di internet.

  • Muat turun DBAN di www.dban.org. Buat pilihan muat turun mengikut sistem operasi sama ada Windows atau MAC. Format fail adalah .ISO
  • Oleh kerana fail .ISO gunakan perisian untuk burn kepada bootable CD.
  • Masukkan CD pada komputer dan boot dari CD/DVD-ROM untuk membaca fail DBAN.
  • Ikut arahan dan padam semua data dalam hard disk. Apabila data dipadamkan, ia tidak boleh diambil kembali kerana DBAN memadam 100% data pada hard disk.

2. Dengan menggunakan tenaga fizikal sendiri.

  • Keluarkan hard disk daripada badan komputer
  • Keluarkan semua skru pada hard.
  • Ambil tukul besi dan musnahkan sampai cakera (platters) dalam hard disk pecah.

p/s: Ada cara halus dan kasar. Pilih cara disukai. Selamat mencuba.