remote-desktop-managerSalam sejahtera,

Apa khabar hari ini? Sebelum ini saya jarang kemaskini blog. Tetapi sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, setiap hari ada saja artikel baru. Semangat menulis  datang tidak henti dan harap-harap berterusan. Bukan semangat yang hilang tetapi semangat perjuangan harmoni. Insya-ALLAH.

Ini pengalaman kerja saya.

Setiap hari saya akan remote desktop ke server dan komputer. Remote desktop bermaksud kita mempunyai akses terus ke komputer lain dengan hanya melihat dan mengawal dari komputer sendiri. Ini kebaikan remote desktop. Tidak perlu ke komputer yang bermasalah, cuma login dari jauh sahaja. Masalah boleh selesai disamping jimat masa, ruang, tenaga dan kos.

Tetapi keburukannya juga ada. Remote desktop boleh juga menjadi satu alat buat penggodam komputer memasuki sistem komputer dan mencuri data, mengganggu program dan merosakkan sistem.

Baiklah, sudah jauh rasanya saya bercerita.

Berbalik pada tajuk. Oleh kerana banyak server dan komputer perlu saya remote setiap hari, maka banyaklah juga Remote Desktop Connection pada Windows saya perlu buka. Sehingga ruangan taskbar bawah penuh dengan remote desktop icon. Ia menjadi bertambah susah jika ingin mencari kembali server yang perlu dilihat semula.

remote-desktop-windowsContoh Remote Desktop Connection pada Windows

Selesai masalah.

Saya berfikir cara untuk menyelesaikan masalah. Jika semua server dan komputer dapat disatukan dalam satu konsol pengurusan, bertambah mudah dan cepat kerja saya. Setelah penat mencari jawapan di Google, akhirnya saya menjumpai satu perisian diberi nama;

RD Connection Manager

Ia merupakan satu perisian untuk mengurus semua server dan komputer. Cuma masukkan IP Address dan butiran lain. Sudah siap untuk digunakan. Dengan RD Connection Manager, kita juga boleh melabel kumpulan contohnya mengikut jenis, lokasi dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:

  • Ianya perisian Sumber Terbuka dan sudah tentu percuma. Namun, ada juga versi berbayar.
  • Boleh digunakan untuk Windows dan juga Linux. Satu pilihan yang bagus.
  • Sambungan ke remote desktop dengan ciri-ciri keselamatan tinggi.
  • Boleh digunakan untuk protokolRDP v.5, RDP v.6, VNC, Citrix ICA
  • Banyak pilihan bahasa
  • Menu dan link yang mudah untuk disetkan

Setakat ini saya sudah 3 bulan menggunakan RD Connection Manager dan amat berpuas hati. Kerja saya menjadi lebih senang. Semua senarai komputer dan server tersenarai mengikut kumpulan.

Untuk makluman, saya menulis artikel ini bukan sebagai promosi untuk RD Connection Manager. Saya tidak dibayar apa-apa pun oleh syarikat tersebut, cuma berkongsi satu perisian yang berguna untuk semua. Untuk muat turun dan maklumat lanjut boleh ke www.rdpdesk.com

p/s:  Saya ada buat satu peraduan. Hadiah menarik ditawarkan. Jika berminat boleh sertai Peraduan ‘Kenapa Saya Suka Komputer Saya?’