Microsoft Office mempunyai beberapa jenis aplikasi yang boleh menaip, membuat pembentangan, pengiraan dan juga nota ringkas. Contoh yang biasa adalah Microsoft Word, Excel, Access dan Powerpoint.
Untuk versi Microsoft Office 2003 dan sebelumnya jenis formatnya adalah berlainan dengan versi 2007, 2010 dan 2011.
Jika ingin membeli versi baru agak merugikan kerana harga Microsoft Office Original adalah mahal. Sebagai pilihan, Microsoft telah menyediakan satu program tambahan untuk menukar format Microsoft Office 2003 kepada versi lebih baru.
Format Microsoft Office lama seperti .doc, .xls dan .ppt sementara format baru adalah .docx, xlsx dan pptx. Tambahan ‘x’ di belakang sahaja. Ia adalah Open XML Formats yang digunakan untuk semua versi baru selepas 2003.
File Format Converter
Program ini keluaran Microsoft membantu untuk menukar format kepada versi baru. Pada masa yang sama boleh juga membaca format baru walaupun kita masih menggunakan versi Microsoft Office 2003.
Apa kelebihan File Format Converter?
- Percuma dan itu paling penting. Buat apa kita membeli program tambahan untuk program sedia ada
- Senang install. Muat turun , install dan siap
- Boleh tukar format Microsoft Office dengan mudah.
- Microsoft Word 2000 Service Pack 3, Microsoft Excel 2000 Service Pack 3, dan Microsoft PowerPoint 2000 Service Pack 3
- Microsoft Word 2002 Service Pack 3, Microsoft Excel 2002 Service Pack 3, dan Microsoft PowerPoint 2002 Service Pack 3
- Microsoft Office Word 2003 sekurang-kurangnya Service Pack 1, Microsoft Office Excel 2003 sekurang-kurangnya Service Pack 1, and Microsoft Office PowerPoint 2003 sekurang-kurangnya Service Pack 1
- Microsoft Office Word Viewer 2003
- Microsoft Office Excel Viewer 2003
- Microsoft Office PowerPoint Viewer 2003
Jadi, jika ada salah satu Microsoft Office yang disenaraikan di atas, boleh menggunakan program untuk tukar format. Klik File Format Converter untuk muat turun percuma.
p/s: Banyak cara kita boleh berjimat.


Comments